Manusia sering terlupa dgn apa yg dia dah pegang di tangan, sebab, dia dok nampak hak orang lain lagi lebih menarik minat dan mengiurkan... dia nak juga sepertimana org lain, tanpa dia sendiri nilai samada apa yg dia inginkan itu, bersesuaian atau tidak dengan apa yg sebenar-benar dia perlukan...
Lebih malang, kerana terlalu mahukan spt org lain, sanggup melepaskn segala yg ada dlm genggaman... akhirnya sendiri menyesal gara2 yg dikejar tak dapat, yg dikendong berciciran...
Takpe lah... tak payah bermukadimah... aku kongsikan 10 fakta menarik yg korang perlu tahu berhubung benda yg korang nakkan juga, sepertimana yg dimiliki oleh org lain...
1. Pendidikan percuma seperti di Norway - tetapi Norway mempunyai 25% GST.
2. Tidak ada GST seperti di Hong Kong - tetapi Hong Kong adalah antara negara yang mempunyai ketidaksamarataan pendapatan yang paling tinggi di dunia dengan bacaan indeks Gini 0.537 berbanding dengan bacaan indeks Gini Malaysia iaitu 0.431 pada tahun 2012 (merosot daripada 0.441 pada tahun 2009)
3. Kesamarataan pendapatan yg baik seperti Denmark dengan bacaan indeks Gini 0.21 - tetapi Denmark adalah antara negara yg mempunyai harga petrol tertinggi, 1.50 Euro atau RM 6.32 per liter.
4. Harga petrol terendah di dunia seperti Venezuela - tetapi kadar inflasi Venezuela adalah yg tertinggi di dunia, iaitu 62% setahun
5. Kadar inflasi yg paling rendah di dunia seperti Jepun yg mempunyai kadar inflasi negatif selama bertahun-tahun - tetapi matawang Jepun telah jatuh kira-kira 40% berbanding Ringgit Malaysia semenjak 2 tahun yg lalu.
6. Penukaran kadar yg tinggi seperti Singapura - tetapi Singapura mempunyai harga kereta yg paling tinggi di dunia di mana harga sebuah kereta MyVi mencecah sehingga $87k atau RM225,000 berbanding di Malaysia hanya RM41,000 sahaja
7. Harga kereta serendah di Brunei - tetapi Brunei tidak ada demokrasi
8. Sedemokrasi seperti di India, yang terkenal sebagai negara demokrasi terbesar di dunia - tetapi India mempunyai kadar korupsi yang tinggi berbanding Malaysia
9. Tiada korupsi atau 0 korupsi seperti Finland - namun Finland kini berada di ambang kejatuhan atau "lost decade" dan mengalami nilai pembangunan ekonomi negatif atau 0
10. Pembangunan ekonomi setinggi Myanmar yang sekarang ini sedang meningkat dgn nilai GDP melebihi 7% - namun demikian Myanmar mempunyai byk konflik agama dan bangsa dan mengakibatkan byk kematian.
-Lim Sian See-
Sebab itu tidak ada negara yang paling sempurna di atas muka bumi ini, sekalipun di kalangan negara2 maju... ada perkara mungkin sesuai dilaksana di negara luar, tetapi tidak di Malaysia... begitulah juga sebaliknya...
Tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia, bersyukur di atas nikmat yg telah Allah kurniakan dan cuba sedaya upaya pertahankan apa yg sudah berada dalam genggaman...
By Padiyappa