Buat lah pendedahan dan pembongkaran macamana pun, kalau dah nama pembangkang, baik dari pemimpin sampai lah ke bawah, mereka akan tetap tolak, bangkang dan tidak percaya... macam-macam alasan yang diberikan semata-mata nak menegakkan hujah mereka... nak bukti, najib dah set up, rasuah dan banyak lagi... paling tidak mereka akan alihkan pula isu dari 1MDB ke isu derma RM2.6B atau yang dah mati kutu, terpaksalah berdiam diri... memang dah menjadi seperti adat dalam politik di Malaysia...
Tapi yang pasti inilah masa untuk Najib recounter balik tuduhan demi tuduhan yang selama ini terpaksa ditelan... menariknya, pendedahan ini bukan dari Najib atau kerajaan atau UMNO BN, tapi didedahkan terus oleh media massa berdasarkan sumber yang diperolehi terus dari pihak tertentu di Thailand... percaya atau tidak, terpulanglah kepada anda untuk menilai... nakkan bukti, tunggulah hasil siasatan yang bakal diumumkan dalam tempoh terdekat ini...
Tapi yang pasti inilah masa untuk Najib recounter balik tuduhan demi tuduhan yang selama ini terpaksa ditelan... menariknya, pendedahan ini bukan dari Najib atau kerajaan atau UMNO BN, tapi didedahkan terus oleh media massa berdasarkan sumber yang diperolehi terus dari pihak tertentu di Thailand... percaya atau tidak, terpulanglah kepada anda untuk menilai... nakkan bukti, tunggulah hasil siasatan yang bakal diumumkan dalam tempoh terdekat ini...
Dengan pendedahan yang berlaku sekarang sebenarnya telah menjawab banyak persoalan... khususnya berhubung beberapa tindakan Najib yang dianggap tidak tepat oleh segelintir pihak dan menjadi bahan pertikaian serta modal pihak musuh... kenapa Najib memilih untuk tidak mengambil tindakan undang-undang segera ke atas Sarawak Report pada waktu SR sedang rancak kononnya membuat pendedahan tentang salah laku Najib berkaitan 1MDB? Kenapa tidak saman? Tidak seperti Nurul Izzah yang terus mengambil tindakan undang-undang ke atas NST dan Berita Harian...
Setuju atau tidak, inilah sebenarnya strategi politik Najib atau lebih tepat 'Art Of War' yg dipraktikkan oleh Najib... Najib yakin dia berada di pihak yang benar, dia yakin dengan segala fakta dan bukti yang dimiliki sudah cukup untuk menepis tohmahan SR... dan lebih penting, Najib sebagai seorang Perdana Menteri sudah tentu mempunyai kaki-kaki, unit2 khas, unit2 yang bergerak secara underground yang sentiasa bersedia pada bila-bila masa untuk berkhidmat kepadanya...
Yang dituju bukan SR... SR hanya platform untuk musuh melaksanakan agenda... yang dituju adalah dalang dan kepala yang bertanggungjawab secara total untuk menjatuhkan kerajaan pimpinannya... unit2 khas inilah yang ditugaskan untuk menyiasat sedalam-dalamnya sebelum mengheret dalang2 ini dengan bukti yang kuat dan kukuh... peringkat awal Najib hanya biarkan musuhnya bermaharajalela... kerana sudah ada pepatah lama, jerat tidak pernah lupakan pelanduk... lama-kelamaan musuhnya yang pada ketika itu seolah yakin Najib akan tumbang, mula melakukan kesilapan demi kesilapan...
Saman awal hanya akan merencatkan siasatan yg sedang berjalan secara underground... pada masa itu mungkin hanya SR yang akan disabitkan, manakala dalang utama sudah tentu akan mengambil langkah berjaga-jaga... yang pasti, Najib sebenarnya sudah dapat mengagak jalan cerita yang akan musuh gunakan dan siapa dalangnya, tinggal lagi bukti yang masih kurang... biasalah, bila kata fitnah dan pembohongan, memang tidak ke mana... akhirnya akan jatuh ke tanah jua...
Sehinggalah Justo ditahan maka sebahagian plot mainan musuh mula terbongkar... salah musuh, mereka mengkhianati Justo dengan tidak menjelaskan bayaran yang dijanjikan... tidak mustahil penahanan Justo di Thailand juga sebenarnya sudah dirancang... Tolonglah... Najib adalah PM Malaysia... jika Obama di US memiliki agen2 yang hebat... adakah Najib yang berjawatan setaraf Obama tidak mampu wujudkan benda yang sama dengan peranan yang sama di Malaysia?
Tinggal lagi bagaimana nak pastikan pendedahan yang akan dibuat tidak nampak seperti sudah dirancang... bukti sudah di tangan... individu utama yang memegang bukti juga sudah dalam genggaman... tinggal lagi nak bongkar sahaja... perlu diingat, pihak berkuasa Malaysia mempunyai hubungan 'baik' dengan pihak Thailand... sebab tu Thailand dipilih sebagai lokasi penahanan...
Biar pihak berkuasa Thailand uruskan siasatan Justo... dan biar pendedahan awal datang dari pihak berkuasa Thailand sebagai sumber tidak rasmi dan terus kepada media Malaysia... tanpa perlu ada apa-apa perkaitan lagi dengan kerajaan Malaysia termasuk PDRM... jadi musuh tidak ada alasan untuk kaitkan pembongkaran ini dengan Najib dan kerajaan...
Kenapa semua ini mengambil masa yang agak lama? Adakah kita sedar, semakin lama masa berginjak, makin ramai musuh politik dalaman yg selama ini bermuka-muka telah terdedah topeng mereka... sehingga berlaku pertemuan2 sulit untuk menggerakkan agenda mereka dari dalam seperti yang berlaku di Itali... peringkat awal, mereka hanya menggunakan isu 1MDB, namun bila nampak seolah Najib masih konsisten, sedangkan agenda Itali mereka telah dihidu... maka isu RM2.6B pula diletupkan...
Adakah musuh2 dalaman ini tidak tahu perihal kisah RM2.6B ini? Bohong... semua mereka tahu dan mereka juga tahu ke mana wang itu pergi... Tapi memandangkan ia hanya melibatkan Najib dalam urusan dealing dan transaksi, maka musuh2 ini mengambil peluang untuk menghempas segala-galanya ke atas kepala Najib... mereka yakin Najib tidak akan mengambil risiko mendedahkan segala kisah di sebalik RM2.6B kerana ia akan meruntuhkan terus UMNO dan kerajaan Malaysia... ada ke mana-mana Presiden yg mahu lihat organisasinya runtuh sewaktu dia sedang memimpin?
Mereka mula mendesak Najib supaya berundur secara halus dan sinis... tapi gagal... maka terbentuk pula pakatan seterusnya yang mana pertemuannya dikatakan berlaku 2 hari sebelum Najib rombak kabinet... Sasaran... kertas pendakwaan dihantar dan kemudian mungkin menggunakan kuasa istana untuk mengadakan sidang parlimen tergempar untuk undi tidak percaya... sekali lagi Najib dapat menghidu dan akibatnya berlaku rombakan kabinet dan beberapa keputusan drastik lagi... pakatan ini juga lah telah mengheret banyak pihak termasuk SPRM memandangkan ia melibatkan banyak pihak dalaman... hari ini Najib sudah boleh memulakan proses pembersihan dalaman UMNO dan kerajaan seperti yang berlaku dalam PAS... terus-terang aku kata, banyak topeng dalaman sudah terdedah...
Kenapa Najib masih bertahan? nak diikutkan, setengah pemimpin sudah tentu tidak lagi mahu terus mempertahankan kedudukannya... apatah lagi bila wujud pakatan dari dalam yg sepatutnya menjadi orang yang paling Najib percaya... sebabnya pertama, Najib yakin dia di pihak yang benar, itu yang utama... kedua, dia yakin dengan sokongan dari akar umbi yang mana kita sedia maklum betapa orang Melayu mempunyai ketaatan yang tinggi kepada ketua... yang derhaka tak banyak mana, cuma dari penyokong pemimpin yang terjebak yang akan hilang kepentingan dan beberapa pihak yang termakan hasutan... cuma disebabkan mereka ini menonjol dan lantang menghentam, nampak seperti mereka ramai walhal ahli diam lebih berbahaya dan ramai khususnya di peringkat akar umbi... ketiga, Najib sudah mendapat tip bahawa pakatan ini sebenarnya telah gagal mendapat sokongan majoriti ahli parlimen...
Bila kata majoriti, dalam konteks kes ini, musuh Najib perlu mendapat sekurang-kurangnya 200 sokongan mp dalam survey awal daripada 222 Parlimen... kenapa??? ini survey awal dan yang nak ditentang adalah PM dan Presiden UMNO... jadi sepanjang tempoh dari survey awal hingga ke masa undi tidak percaya berlangsung, bermacam perkara boleh berlaku... tidak mustahil ramai yang akan melompat kpd Najib semula dan sebagainya... gagal mendapat 200 sokongan dalam survey awal bermakna pakatan yang gagal... sebab itu hingga hari ini tidak lagi timbul perihal undi tidak percaya ini...
Dan keempat, Najib mendapat sokongan dalam diam dari ulama berpengaruh di Malaysia iaitu TGHA dan Dato' Haron Din... apapun berlaku dalam PAS hari ini masih tidak cukup untuk menggugat kekuatan ulama-ulama ini... dan mereka seolah menyebelahi Najib walaupun secara diam dari cara mereka berhadapan dengan isu 1MDB... dengan semua alasan ini sebenarnya sudah cukup untuk menjawab persoalan kenapa Najib masih bertahan dan tidak mahu berundur...
Berbalik kepada Justo... kenapa NST dan BH dipilih untuk bongkar komplot menjatuhkan Najib ini? Pertama kerana kedua-dua media ini dilihat lebih terbuka dalam menyampaikan berita... Mereka adalah media yang sudah ada nama dan pastinya mereka amat berhati-hati untuk membongkar sesuatu berita, apatah lagi jika berita itu membabitkan jatuh bangun sebuah negara... Tanpa sumber yang benar2 kukuh dan berintergriti, mereka tentu tidak berani mengambil risiko... terbukti, Nurul Izzah sudah mengambil tindakan undang2 terhadap kedua-dua media, dan tentunya kedua-dua juga sudah bersedia untuk mempertahankan hujah dan berita mereka... mereka bukan taraf Sarawak Report yang rendah intergriti serta moral malah mereka sudah membuktikan pencapaian cemerlang dalam bidang kewartawanan berdasarkan pelbagai anugerah yang telah dimenangi di seluruh dunia... jadi boleh dianggap mustahil berlaku penyelewengan maklumat, dokumen dan bukti apabila kedua-dua media ini yang melaporkan...
Terus terang aku katakan, pendedahan yang berlaku sekarang hanyalah permulaan... pendedahan seterusnya akan terus menyusul secara berperingkat... tentunya Najib mahu melihat respon semua pihak dari semua sudut setiap kali pendedahan dibuat... kedua supaya rakyat faham apa sebenarnya yang telah berlaku setelah sebelum ini rakyat disumbat dengan pelbagai fitnah dan tohmah terhadap kerajaan... dan percayalah... penutup kepada siri pendedahan ini adalah pembentangan laporan hasil siasatan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara, PAC, Jawankuasa Khas, SPRM dan semua yang terlibat... dan pada masa itu, Insha Allah, dengan izin Allah, kita akan tahu apa sebenarnya yang berlaku terhadap Najib, Kerajaan Malaysia, UMNO BN dan 1MDB...
Kronologi Claire Brown Cubaan Jatuhkan Ds Najib
Sumber: MalaysiaOpinion.com
Sebuah portal membuat pendedahan mendakwa terdapat penglibatan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan pengasas Sarawak Report, Claire Brown dalam usaha menjatuhkan kerajaan dipimpin Datuk Seri Najib Razak.
Portal itu turut memperincikan dakwaan kronologi pertemuan bekas kakitangan PetroSaudi, Xavier Justo yang mencuri data daripada majikannya sebelum memeras syarikat itu sebanyak 3.5 juta matawang Swiss.
“Data itu bukan dicuri atas dasar moral tetapi untuk memperoleh wang dengan menjual maklumat sulit kepada pihak berminat,” tulis portal itu.
Berikut adalah kronologi dipapar di portal itu:
July 2013:
Xavier Justo menghubungi Patrick Mahony daripada PetroSaudi dan memeras 3.5 juta Swiss France (kira-kira RM14 juta) sebagai bayaran untuk pemulangan data yang dicuri. Pemerasan itu berlanjutan selama lima bulan seterusnya sementara Justo mengugut akan menjual data itu kepada pihak yang berminat jika Mahony enggan membayar.
Oktober 2013
Justo bertemu Mahony di Shangri La Hotel di Bangkok, Thailand di mana Justo telah mengugut Mahony secara lisan, jika PetroSaudi tidak membuat pembayaran untuk data dicuri, ia akan dijual kepada pihak berminat dan ia akan menjejaskan syarikat itu. Bagaimanapun, PetroSaudi enggan membayar dan Mahony turut memberitahu Justo, syarikat tidak melakukan apa-apa kesalahan dan data dicuri tidak menunjukkan sebarang salahlaku.
Mei atau Jun 2014
Justo menghubungi Claire Brown melalui telefon dan pada masa ini, Brown tidak mahu dikenali hanya menyebut dia berminat terhadap data yang dicuri Justo dan mencadangkan satu pertemuan di Bangkok. Mereka bertemu kira-kira jam 10 pagi di Plaza Athene dan selepas itu, Brown dirujuk sebagai ‘Athene Ban’ dalam perbualan aplikasi telefon pintar Whatsapp.
Pada pertemuan itu, Justo tidak memperkenalkan namanya sebaliknya hanya mengaku sebagai bekas kakitangan PetroSaudi dan mempunyai maklumat mengenai perniagaan PetroSaudi termasuk transaksi dengan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Justo turut menunjukkan kepada Brown satu contoh mukasurat emel PetroSaudi dengan lampiran serupa ditunjukkan kepada Mahony. Brown mengambil lima gambar emel itu menggunakan komputer peribadi Apple Macbooknya.
Justo turut menjelaskan kepada Brown, data itu dicuri dan keduanya bersetuju untuk merahsiakan pakatan subahat mereka dan mereka tahu perbuatan itu adalah satu jenayah.
Brown turut menyakinkan Justo yang dia mempunyai hubungan akrab dengan bekas perdana menteri United Kingdom, Gordon Brown dan beberapa ahli politik berpengaruh di Malaysia dan mampu mendapatkan pulangan yang baik bagi data dicuri itu.
Ogos 2014
Pertemuan kedua diadakan sekali lagi di Plaza Athene, Bangkok, Thailand. Justo menunjukkan 20 hingga 30 mukasurat namun tidak menyerahkannya kepada Brown. Brown hanya berminat terhadap satu dokumen, perjanjian antara PetroSaudi dan 1MDB. Brown kemudian mencari pembeli dan mendapatkan Nurul Izzah Anwar, anak perempuan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan menawarkan penjualan dokumen itu kepada Anwar melalui Nurul Izzah.
September 2014
Brown menghubungi Justo untuk bertemu sekali lagi di Bangkok bersama Nurul Izzah berikutan Naib Presiden PKR itu didakwa berminat untuk membeli data dicuri namun terdapat kekangan kewangan dan hanya boleh menawarkan kontrak kerajaan pada masa akan datang. Justo bagaimanapun tidak berminat dengan tawaran itu kerana mahukan wang segera.
Februari 2015
Selepas Anwar dipenjarakan, Brown menghubungi Justo dan memberitahu Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua akan membantu dalam penjualan data dan mendapatkan wang untuknya. Pua turut membawa Tong Koi Ong, hartawan media yang menguasai akhbar The Edge dan memiliki beberapa firma pelaburan yang menjalankan urusniaga kewangan dan saham.
Koi Ong turut didakwa sebagai orang perantaraan bagi pihak Anwar di Malaysia, dan sebagai penjaga kepada kemewahan yang diperolehi Anwar. Koi Ong juga mampu memperoleh keuntungan sehingga jutaan ringgit, dengan menyiarkan laporan mengenai kontroversi 1MDB, dan menyebabkan pergolakan ekonomi.
Selepas itu, Pua, Koi Ong dan Brown mengatur satu pertemuan dengan Justo dan kali ini, Ho Kay Tat turut bersama di Hotel Fullerton, Singapura di mana Justo bersetuju untuk menjual data dicuri kepada Koi Ong pada harga USD2 juta.
Brown dan Koi Ong menyatakan data dicuri itu akan digunakan bagi menyerang kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri Malaysia. Mereka bersetuju Koi Ong dan orang-orangnya akan menyalin dokumen asal daripada Justo sebelum membuat pemindahan wang hari berikutnya kepada Justo. Justo bersetuju dengan syarat itu. Cakera mudahalih kedua diserahkan Justo kepada Brown namun beberapa hari selepas itu, Brown menyatakan data di dalamnya rosak dan Justo membuat penghantaran melalui khidmat kurier DHL satu lagi cakera mudahalih ke London.
“Selepas penyerahan itu, Justo mula mengejar pembayarnya namun diberitahu terdapat masalah membuat pemindahan wang dalam jumlah yang besar kepadanya. Berikutan pelbagai alasan itu menyebabkan Justo semakin resah, apatah lagi mendapati data disiarkan di internet sudah diubahsuai,” kata portal itu dalam pendedahannya.
Justo kini merengkok tiga tahun di penjara di Bangkok selepas mengaku bersalah memeras bekas majikannya.
Justo sebelum ditahan turut menghubungi Brown ketika berdepan hukuman penjara itu namun diberi jaminan oleh wanita itu, segalanya akan selesai dan tiada apa apa akan berlaku terhadapnya kerana Brown mendakwa dilindungi seseorang yang ‘besar’ dan kerajaan Malaysia akan bertukar tidak lama lagi.
Ditanya selanjutnya, Brown mengakui menandatangani beberapa dokumen dengan Mahathir dan memberi jaminan kepada Justo, mereka dilidungi bekas perdana menteri itu. Malah, Brown turut menceritakan bagaimana dia diberi penghormatan tinggi ketika berada di Malaysia dan turut mempelawa Justo untuk bertemu Mahathir di Malaysia.
“Brown turut menyatakan akan berbincang dengan Mahathir dan pembantunya, Sayed Yusof, mengenai data dicuri dan memberi jaminan kepada Justo, ia adalah selamat untuk lelaki itu datang ke Malaysia kerana sokongan Mahathir,” tulis portal itu.
Kita punya akal dan fikiran untuk nilaikan kebenaran. Tangan2 Ajaib ini lah yg mempunyai cita2 nak jatuhkan kerajaan Malaysia cara PECAH DAN PERINTAH.
Menciptakan kebencian rakyat terhadap kerajaan melalui konspirasi2 jahat dengan memburukkan kepimpinan negara baik dimata rakyat Malaysia mahupun masyarakat dunia.
PENDEDAHAN PERBUALAN MELALUI APLIKASI WHATAPPS ANTARA CLAIRE-JUSTO SEBAGAI KOMPLOT MENJATUHKAN KERAJAAN MALAYSIA
Sumber :MYKMU.net
Kuala Lumpur: Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, yang bersubahat dengan beberapa pihak menentang Malaysia, dengan angkuh pernah memberitahu Xavier Andre Justo bahawa beliau sedang "mengubah masa depan sebuah negara" dan akan meraikannya dengan segelas Champagne sebaik "Najib tumbang". Susulan hukuman penjara ke atas Justo pada 17 Ogos lalu, pendedahan terbaru menampakkan belang sebenar Rewcastle-Brown dan kesediaannya melanggar undang-undang dengan membantu Justo mengumpul AS$2 juta (RM8.62 juta) sebelum didakwa melakukan pengubahan wang haram sebagai bayaran e-mel yang dicuri daripada bekas majikannya, PetroSaudi International (PetroSaudi). Justo, warga Switzerland, kini menjalani hukuman penjara tiga tahun atas kesalahan memeras ugut bekas majikannya.
Bagaimanapun, pasukan penyiasat Thailand bagi kes itu merungkai tahap kesungguhan Rewcastle-Brown bersama rakan subahatnya bagi menggulingkan kerajaan Datuk Seri Najib Razak. Menurut sumber yang rapat dengan pihak berkuasa Thailand, pendedahan itu antara lain merangkumi perbualan menerusi WhatsApp selama tiga bulan membabitkan Rewcastle-Brown, pengurusan kanan Kumpulan Media The Edge iaitu Tong Kooi Ong dan Ho Kay Tat serta Justo, yang menawar untuk menjual data dicurinya kepada pembida tertinggi.
Pada 15 Julai lalu, akhbar New Straits Times (NST) melaporkan kenyataan bekas editor Sarawak Report yang mendakwa Rewcastle-Brown memalsukan beberapa dokumen untuk memfitnah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Najib, menerusi beberapa pendedahan portal berita itu. Editor terbabit, Lester Melanyi, dikatakan turut menamakan beberapa individu termasuk ahli politik terkemuka pembangkang sebagai antara yang terbabit dalam konspirasi menggulingkan kerajaan. Perbualan di WhatsApp itu, kata sumber, turut mendedahkan keakraban hubungan Rewcastle-Brown dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjalani hukuman penjara; Ahli Parlimen DAP, Tony Pua dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mahu jatuhkan PM
Dalam satu perbualan WhatsApp dengan Rewcastle-Brown pada 19 Mac 2015 lalu, Kay Tat didakwa menulis (terjemahan):
"Artikel anda seolah-olah menggambarkan anda ingin menjatuhkan Perdana Menteri. Kami dituduh bekerjasama dengan anda dengan tujuan menggulingkan PM (Perdana Menteri)."
Rewcastle-Brown didakwa menjawab: "Saya yang menulis berita ini, bukan anda. Penuhi komitmen anda dan saya akan pergi tanpa memberitahu sesiapa."
Beliau kemudian menyebut "mungkin kita telah mengubah hala tuju sebuah negara".
Mesejnya pada Jun lalu berbunyi: "Kami merancang satu lagi pendedahan sebelum pilihan raya negeri (Sarawak). Saya akan meraikannya apabila Najib tumbang. Saya sudah mendapat beritanya menerusi orang Anwar. Saya menggunakan Dr Mahathir untuk mendapatkan sumber maklumat lain."
Justo mendakwa dijanjikan AS$2 juta sebagai pertukaran data yang dicuri daripada bekas majikannya. Dalam temu bual di penjara bersama akhbar Straits Times Singapura baru-baru ini, Justo mendakwa tidak menerima bayaran yang dijanjikan oleh seorang ahli perniagaan terkemuka dari Malaysia. Sumber Thailand kemudian mengesahkan Kooi Ong sebagai ahli perniagaan terbabit.
Menerusi satu lagi temu bual, Justo mendakwa persetujuan berhubung urusan jual beli dokumen berkenaan dicapai di Singapura pada Februari tahun ini, disusuli perbincangan panjang lebar mengenai kaedah pembayaran terhadapnya. Kumpulan individu yang ditemui Justo di Singapura bagi berunding soal penjualan data terbabit, dinamakan dalam pengakuan 22 muka suratnya kepada polis Thailand.
Justo turut mengulangi apa yang dikatakan polis Thailand baru-baru ini, iaitu pengakuannya disokong dengan dokumen termasuk rekod perbualan WhatsApp dengan pembeli berkenaan.
"Apa yang ditulis dalam pengakuan saya itu, sebahagian besarnya dibuktikan menerusi perbualan e-mel, mesej WhatsApp saya dengan mereka," katanya.
Beliau mendakwa, Rewcastle-Brown bersetuju menerima AS$2 juta daripada pembeli dan memberinya AS$250,000 (RM1.07 juta) sebulan sebagai bayaran perkhidmatan rundingan.
"Saya tidak tahu sama ada dia menerima duit itu atau tidak, (kerana) saya ditangkap. Saya tidak tahu," katanya.
Sumber Thailand berkata, dalam perbualan panjang lebar menerusi WhatsApp, Rewcastle-Brown turut menjelaskan bagaimana beliau akan membantu Justo mendapatkan AS$2 juta sebelum melakukan pengubahan wang haram.
Awalnya, beliau cuba menggunakan SJS Limited di Singapura bagi menyalurkan dana berkenaan bersama abangnya yang juga Pengarah SJS, Patrick Rewcastle.
Pada 19 Mac, Rewcastle-Brown mengesahkan komisyen bagi pemindahan haram itu dan berkata:
"Lelaki itu mahu mengenakan bayaran 67,000 Euro (RM321,929). Saya yakin dia tidak akan menipu."
Rewcastle-Brown kemudian menawarkan Dana Bruno Manser yang juga warga Switzerland, sebagai saluran bayaran AS$2 juta itu dan pada 22 April menulis:
"Dia boleh membuat bayaran ke Dana Bruno Manser jika dia mahu."
Beliau akhirnya bersetuju menjual Sarawak Report untuk membayar Justo. Berikut adalah sebahagian daripada terjemahan perbualannya dengan Justo:
19 Mei (4:32 petang): Dia ingin membayar menerusi syarikat BVI (British Virgin Island)!! Ia akan kelihatan teruk dalam akaun rasmi saya! Saya akan berbincang secara bersemuka. Itu lebih baik daripada berunding dengan KT yang teruk itu.
19 Mei (4:37 petang): Mereka akan kata saya mengkritik syarikat BVI tapi saya sendiri menggunakannya. Aduh.
19 Mei (5:11 petang): Saya akan berkempen bagi mengelak tempat berlindung cukai ini. Mereka akan menggelarkan saya hipokrit. Saya tidak akan membuat bising sehingga saya berjumpa mereka dan mencari penyelesaian dengan Tong.
Sebelum ini, Rewcastle-Brown menyifatkan dakwaan terhadapnya sebagai mengarut.
"Apa yang saya siarkan mengenai 1MDB dan diperjelaskan oleh The Edge serta disokong beberapa sumber rasmi adalah penjelasan yang konsisten, berbanding cerita 1MDB yang kerap dilihat mengelak serta berubah," katanya.
Mengaku perdaya Justo?
Pada 24 Julai lalu, Kooi Ong dan Kay Tat mengeluarkan kenyataan sebagai menjawab temu bual Justo yang disiarkan Straits Times. Kedua-duanya mengaku memperdayakan Justo dan menganggap ia adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan bukti. Mereka turut menegaskan tidak membayar sesiapa untuk mendapatkan berita berkenaan.
"Kami tidak melakukan apa-apa kesalahan," kata mereka.
Polis Thailand menahan Justo, 48, pada 22 Jun lalu di kediaman mewahnya di pulau peranginan Koh Samui. Bekas Ketua Teknologi Maklumat PetroSaudi di pejabat London itu, mengaku mencuri data syarikat - bersaiz kira-kira 90 gigabait - ketika meninggalkan PetroSaudi pada tahun 2011. Beliau meminta lebih banyak bayaran daripada PetroSaudi pada 2013 tetapi tidak diendahkan.
Susulan itu, Justo diperkenalkan dengan Rewcastle-Brown menerusi kenalan di Geneva yang mempunyai rangkaian di Malaysia. Justo kemudian menemui Rewcastle-Brown di Plaza Athenee di Bangkok dan Fullerton Hotel di Singapura.
Di Singapura, Rewcastle-Brown ditemani oleh mereka yang dinamakan dalam pengakuan Justo. Ketika dihubungi, Rewcastle-Brown, Kooi Ong dan Kay Tat tidak menjawab panggilan.