Advertisement - Contact Us

4 VIDEO + PIC [ISU SEMASA] GEMPAR!!! Plaza Low Yatt Jadi Medan Tempur... Ali Tinju Kepalai Team 'Repeated'... #SahabatSMB

Kecoh dan mencemaskan... itu mungkin gambaran yang paling tepat yang boleh mamu katakan berhubung kejadian 'Repeated Fighting' yang berlaku di Plaza Low Yatt, Bukit Bintang semalam... mereka mula berkumpul sebaik sahaja selesai berbuka puasa...


Kumpulan yg mahu mempertahankan mamat yg dibelasah semalam dikepalai oleh Saudara Ali Tinju, seorang yg sangat berpengaruh dalam pertubuhan2 NGO berstatus Ayahanda...

Beliau bersama Abang Long kawasan berjaya mengumpulkan hampir 500 orang di hadapan Plaza Low Yatt...

Jom tonton video ucapan semangat dari Ali Tinju kepada anak-anak buahnya yg hadir...


Kita tengok pula antara gambar-gambar yg berjaya mamu kumpulkan sewaktu 'Gang Ali Tinju' sedang berkumpul...










Api semangat terus disemarakkan malah semakin lama jumlah yg hadir turut semakin bertambah... tindakan provokasi sampai ke kemuncak apabila Ali Tinju dan beberapa orang anak buahnya cuba masuk ke dalam bangunan Plaza Low Yatt... namun tindakan mereka berjaya dihalang oleh pengawal keselamatan plaza yang bertugas bagi memastikan keadaan terkawal...

Jom tonton video Ali Tinju cuba masuk melalui pintu hadapan plaza...


Setinggi tahniah dan ucapan terima kasih kepada pihak polis termasuk FRU yg berjaya bertindak awal bagi mengelakkan perkara lebih buruk berlaku...

Malah menurut sumber, pihak polis juga telah mengadakan sekatan jalanraya di semua jalan masuk ke Pusat Bandar Kuala Lumpur... pemeriksaan terperinci dijalankan terhadap individu dan kenderaan yg mencurigakan... kenderaan yg memasang sebarang stiker ahli kumpulan tertentu akan diperiksa samada memiliki senjata berbahaya atau tidak, dan kemudiannya mereka ini tidak dibenarkan masuk ke lokasi panas...

Walaupun begitu, beberapa pergelutan kecil tidak dapat dielakkan khususnya di beberapa kawasan 'hotspot' sekitar Plaza Low Yatt... jom tengok lagi beberapa gambar pergelutan yg sempat diambil...




Jom kita tonton juga video pergelutan yang berlaku di tempat letak kereta lorong belakang plaza yg mana seorang lelaki di belasah dengan menggunakan batang besi...


Akibat daripada pergelutan2 kecil yg berlaku, beberapa individu telah mengalami kecederaan dan telah diberikan rawatan segera oleh paramedik yang bersiap sedia di kawasan tersebut...

Jom kita lihat antara gambar2 kecederaan yg dialami oleh mangsa2 di kedua dua belah pihak...










Susulan daripada kejadian yg berlarutan, satu laporan polis telah dibuat oleh peniaga HP yg terlibat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi... pihak polis juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi termasuk laporan awal siasatan berhubung kes ini...




Jom kita tonton juga video dipercayai rakaman CCTV yg cuba diangkat sebagai bukti untuk sabitkan mamat2 ni mencuri HP (maaf... gambar tersangkut-sangkut kerana kualiti CCTV yg teruk)...




Sementara itu, bagi membantu dan membela nasib mamat2 yg dituduh pencuri HP hingga mencetuskan konflik ini, beberapa pihak telah menawarkan perkhidmatan guaman secara percuma kepada mereka...


Pihak polis juga telah mengeluarkan amaran tegas kepada semua pihak agar tidak mengaitkan kejadian ini dengan isu perkauman... IGP sendiri memaklumkan bahawa ini bukan konfrontasi melibatkan perkauman dan tidak sepatutnya isu perkauman diheret sama bagi mencetuskan suasana panik dan tegang...

IGP juga memberi amaran akan mengambil tindakan tegas termasuk menahan jika ada mana2 pihak yg masih cuba meniup sentimen perkauman dalam kes ini... malah menurut sumber, sudah ada individu yg ditahan kerana cuba menyemarakkan api kebencian antara kaum..




By Mamu Karapoley

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama