[Cuba saksikan video bagaimana kemalangan ini berlaku...] Seorang pelumba negara negara yang menyertai perlumbaan pusingan ke-2 Kejuaraan Motorsikal Asia FIM (ARRC), di Litar Sentul Indonesia, Mohd Zamri Baba telah terlibat dalam satu kemalangan tragis sewaktu memasuki lap yang ke-4...
Menurut media Indonesia, Zamri yang menyertai Kelas Perdana , Super Sport 600cc masih belum sedarkan diri dan kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Petra Permata, Sentul, Indonesia...
RALAT : Gambar di atas bukan Zamri Baba tetapi M. Fadly Immamuddin dari Indonesia |
Zamri merupakan antara pelumba terbaik negara menyertai perlumbaan peringkat Asia dikatakan telah terjatuh selepas mengambil selekoh sebelum dirempuh dari belakang oleh seorang lagi pelumba yang tidak sempat mengelak... perlumbaan terpaksa dihentikan seketika setelah melihat Zamri langsung tidak menunjukkan sebarang respon atau pergerakan selepas terjatuh...
Kemalangan ini dikatakan mirip dengan kemalangan yang berlaku sewaktu GP Malaysia melibatkan pelumba Itali, Marco Simencelli, empat tahun yang lalu... Marco terkorban dalam insiden tersebut...
Menurut jurucakap pasukan yang diwakili Zamri, keadaannya masih belum betul-betul stabil dan memerlukan pemerhatian yang sangat rapi... pakar perubatan masih belum berani melakukan apa-apa tindakan susulan sehingga tahap kesedarannya kembali meningkat... wakil pasukan Zamri juga memberi jaminan akan melakukan yang terbaik termasuk sedia memindahkan Zamri ke mana-mana hospital terbaik samada di Indonesia atau Malaysia...
Aku mendoakan agar Zamri kembali pulih seperti biasa...
Lagi Video kemalangan melibatkan sebuah lori pikap dan motosikal... Dimana penunggang motosikal tu??? (Klik Sini)
Tags:
Annuar Musa
Anwar
Anwar Ibrahim
Azmin Ali
Edisi Bongkar
Edisi Dedah
info
Info Am
Isu Am
Isu Semasa
Update