Advertisement - Contact Us

PRK P044 : PANAS !!! PAS Nak Keluar PR??? Tak Kesian Kat Puak 'Munafik' Dalam PAS Ke??? #PRKPermatangPauh #SuhaimiSabudin

Ish... ish... ish... Sampai macam tu sekali 'teman sebantai' PAS perambat geng Pas dari PR. Hilang habih 'ana' 'enta' dari mulut depa. Dah macam anjing kurap dah puak Pr buat kat Pas. Gamak sungguh depa nooo...

Puak Pr ni lupa dah jasa dan pengorbanan Pas selama ni. Pas sampai terpaksa juai agama, juai maruah diri, simpan sat perjuangan dan lebih dasat sampai rela dianggap munafik, semuanya hanya untuk boleh tidoq sebantai dengan Pr. Mai hari ni, Pas bukan suruh buat apa pun, cuma minta Amk tarik balik penghinaan dan mohon maaf kat TGHA je, terus Pas dimaki, dihina dan terkini dihalau bak anjing.


Lebih memanaskan telinga SMB bila terbaca kenyataan yang dikeluarkan oleh satu-satunya wakil Adun Pas dalam kerajaan negeri Pulau Pinang berkenaan hudud. Suka-suka hati je keluarkan kenyataan kononnya belum tiba masanya lagi untuk melaksanakan hudud.

Kononnya banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan sebelum boleh melaksanakan hukum hudud. Penjelasan kepada rakyat bukan Islam masih kurang dan boleh menyebabkan salah faham.


SMB ingat lagi dulu apabila Umno mengeluarkan kenyataan yang sama seperti yang Salleh Man... malah ketika itu Umno perincikan lagi betapa sistem perundangan perlu diperkukuhkan, kaedah sabitan, pembuktian dan pelaksanaan hukuman perlu dikaji dengan teliti supaya selari dengan kehendak Islam sesuai dengan keadaan semasa, penjelasan dan pemahaman berkenaan hukum Islam perlu dilakukan secara agresif melibatkan semua pihak baik kerajaan mahupun pembangkang dan lain-lain lagi.

Kerajaan dan Umno tidak pernah menghina mahupun menolak hukum Islam termasuk hudud. Malah di dalam hati setiap umat Islam samada Pas, Pkr mahupun Umno wajib menyimpan cita-cita untuk hidup di bawah payung lindungan Islam sepenuhnya bila tiba masanya.

Maka ketika itu Umno dihentam bertubi-tubi oleh puak Pas termasuk 'malaun' Salleh and the gang hingga ke peringkat menuduh Umno tolak Islam, Umno kafir, undi Umno tak masuk syurga dan macam-macam lagi.

Hinggakan terbawa-bawa di peringkat akar umbi. Ada yang sembahyang 2 imam, memilih kenduri kendara, mengharamkan sembelihan Umno dan lain-lain. Habih pecah belah masyarakat angkara iblis bertopeng manusia.


Nah... hari ni Allah sekali lagi membuktikan bahawa Allah itu Maha Adil Dan Maha Besar. Apa yang selama ini hinaan yang dilemparkan kepada Umno, terpalit ke muka sendiri. Lebih aib lagi, semuanya disebabkan terpaksa tunduk kepada desakan kafir harbi.

Bukan Salleh yang mentarbiah Guan Eng, tetapi Guan Eng yang menelungkupkan kopiah Salleh. Nampak sangat selama ini perjuangan hudud yang dilaung-laungkan oleh golongan seperti Salleh dalam Pas tidak lebih hanya retorik kerana tahu Umno dan kerajaan belum bersedia. Alasan itu digunakan semaksimum mungkin untuk hentam Umno.

Hari ini, bila Umno sudah nyatakan kesediaan untuk bersama Pas dalam melaksanakan hudud maka terkancing gigi lah puak2 Salleh Man. Terserlah wajah ke'munafik'an di sebalik kopiah Salleh. Habis modal... kini giliran agama pula untuk dijual...

Kepada ahli Pas yang masih istighomah dengan perjuangan asal Pas, menegakkan syiar Islam di bumi Malaysia... muhasabah lah diri... Sampai bila anda sanggup dikeji sebegini seperti anjing yang tidak berprinsip dan tidak bermaruah. Mereka langsung tidak menghargai perjuangan dan pengorbanan kalian. Se teruk Umno pun, tidak pernah tergamak nak menghina saudara seikhwan sebegini rupa ...

Yusni dihentam dari segenap sudut... (Klik Sini)

2 Ulasan

  1. Sepatutnya PAS dah lama meninggalkan PR semasa isu pihak gereja Katolik mensyirikkan kalimah ALLAH dengan sokongan PKR dan DAP. Itu jauh lebih hebat markah dan meritnya daripada isu PKR gagal utk minta maaf dari Presiden PAS. Hebatnya parti ini sehingga Timbalan Presidennya sendiri Mat Sabu sempat menerima arahan dari AMBIGA utk melakukan demo bagi pihak PR di Tanah Suci sana.

    Sebab itu kita pernah dengar orang ramai gelar parti yang konon mewakili Islam itu sebagai Parti Ambiga Senivesen.

    BalasPadam
  2. Bila perjuangan menegakkan syiar Islam tidak lagi menjadi matlamat utama parti sebaliknya menjatuhkan UMNO Bn lebih utama... inilah jadinya...

    Padahal kedua-dua parti mewakili majoriti umat Islam di Malaysia...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama