Advertisement - Contact Us

[KEMASKINI][ISU SEMASA] SYABAS !!! RMK-11... Peluang Rakyat Miliki Rumah... Harap Skim Ini Sampai Ke Pulau Pinang... #smb


[Kemaskini]
Perdana Menteri mensasarkan peningkatan ekonomi (GDP) sebanyak 250% menjelang tahun 2030... ini merupakan satu sasaran yang berani dan memerlukan usaha yang kukuh dan berterusan di samping penglibatan semua pihak dan semua sektor ke arah itu...

Najib juga mengumumkan pembinaan beberapa lebuhraya khususnya di Sabah dan Sarawak... ini secara tak langsung akan membantu penduduk di sana terlibat secara agresif dalam ekonomi...

Najib juga mengumumkan satu blueprint akan dibentangkan menfokuskan pembangunan kaum India... tidak ketinggalan kepada pembangunan usahawan yang berterusan dan melahirkan modal insan yang terbaik dan mampu menyumbang khidmat kepada pembangunan negara...


Satu perkara yang menarik perhatian setakat pembentangan RMK11 oleh YAB DS Najib adalah berkenaan skim perumahan mampu milik dan kos rendah...

Kerajaan mensasarkan sebanyak lebih 600 000 buah rumah mampu milik dan kos rendah akan dibina di seluruh negara dalam RMK 11...

Selain itu, satu lagi skim baru, walaupun secara tak langsung telah dilaksanakan selama ini iaitu skim baik pulih rumah kampung... Sehubungan itu kerajaan mensasarkan lebih 400 000 rumah yang layak akan dibantu melalui skim ini...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama