Tergezut aku bila tengok gambar-gambar tentang gaya hidup yang diamalkan oleh mungkin segelintir kelompok sami... mereka berselindung di sebalik agama untuk hidup berfoya-foya...
Aku bukan nak mempertikaikan cara hidup mereka, tetapi apabila dikaitkan dengan kesengsaraan dan penyeksaan yang dihadapi oleh umat Islam Rohingya menyebabkan aku terpanggil untuk turut sama berkongsi gambar2 ini di dalam blog...
Kita sedia maklum betapa umat Islam Rohingya sejak dari dahulu, sekitar 1989 atau mungkin lebih awal telah ditindas, dibunuh dan diusir keluar dari kampung halaman mereka... lebih malang lagi, tindakan kejam ini dilakukan oleh kelompok majoriti berdasarkan agama di Myanmar... dan ianya dikepalai oleh kumpulan-kumpulan sami yang ekstrem...
Malah, sejak dari masa itu hingga kini, tidak kurang 10 kali operasi 'tertutup' dilakukan secara besar-besaran untuk menghapuskan umat Islam Rohingya atau dengan istilah lebih tepat... "Penghapusan Etnik Minoriti"...
Itu belum dikira pembunuhan yang berlaku setiap hari, hanya berselisih di tepi jalan atau mungkin kumpulan majoriti berasa bosan pada hari itu, maka akan dikumpulkan rakan2 mereka dengan membawa pelbagai jenis senjata, maka operasi 'seek and destroy' bermula... siapa saja dari kalangan umat Islam Rohingya ditemui akan menerima padah, diseksa, disula dan akhirnya dibiarkan mati...
Aku pun tak pasti kenapa susah sangat badan dunia nak bertindak membela masyarakat minoriti ini... meskipun Myanmar mungkin mengamalkan polisi tertutup, namun bila melibatkan hal kemanusiaan sepatutnya tidak boleh ada apa2 kompromi lagi... samada Kerajaan Myanmar perlu menghentikan kekejaman ini atau seluruh dunia khususnya negara-negara Islam bersatu memperjuangkan dan membela masyarakat yang tertindas ini...
Sampai bila masyarakat Rogingya ini perlu menjadi pelarian... sekalipun Lim Guan Eng membuka pintu untuk mereka tumpang berlindung di Pulau Pinang, adakah semua masalah selesai? Senang la kalau begitu bagi kerajaan Myanmar...
Bertindak kejam, usir bangsa yang tidak diperlukan keluar dari Myanmar... habis cerita... negara yang menerima pula terpaksa menanggung dan memikirkan apa perlu dilakukan kepada mangsa pelarian ini...
Sedangkan rakyat marhaen negara sendiri yang memegang IC biru pun masih ramai yang hidup susah dan cukup2 makan... ini pula terpaksa menerima dan menanggung beban tak semena-mena...
Apapun, masalah di dalam Myanmar MESTI diselesaikan segera... mana boleh tiada penyelesaian kerana masalah ini telah berlarutan sejak dari 1980-an... pelarian mesti dihalang, dan ini beerti kekejaman mesti dihentikan... sami "iblis" mesti dihukum...
Gambar kekejaman yang berlaku kepada umat Islam Rohingya...
Tags:
Annuar Musa
Anwar
Anwar Ibrahim
Azmin Ali
Dunia
Islam
Lim Guan Eng
Myanmar
Pulau Pinang
Rohinya