Advertisement - Contact Us

PRK P044 : MANA YUSNI ??? Adakah 'U-Turn' Pemuda PAS P. Pinang Tidak Selesai ? #PRKPermatangPauh #SuhaimiSabudin #DemiRakyat

SMB terkedu sekejap selepas Pemuda PAS semalam membuat 'u-turn'. Walaupun perkara ini sebenarnya memang dijangka, cuma apa yang menjadi tanda tanya, bagai mana Yusni dalam tempoh satu malam boleh berubah angin. SMB percaya faktor yang telah SMB dedahkan dalam posting sebelum ini (Klik Sini) menyumbang kepada tindakan 'u-turn' ini, tetapi SMB yakin pasti ada sebab lain atau perancangan lain yang memaksa Yusni bertindak sedemikian.

Semalam, seperti biasa, SMB mengambil kesempatan untuk 'jalan-jalan cari modal' di sekitar Parlimen Permatang Pauh. Adat PRK di Permatang Pauh memang sentiasa menjanjikan suasana yang meriah dan panas, walaupun jam menunjukkan 2 pagi. Kedua-dua jentera parti utama kelihatan sibuk menjalankan tugas masing-masing. Ada yang sedang menaikkan poster dan bendera, yang sedang menghias pusat gerakan parti dan ada juga pusat gerakan yang sedang mengadakan sessi memberi penerangan dan berkempen secara berkelompok. Masing-masing dengan hal dan tugas masing-masing.

Tapi satu perkara yang menarik perhatian SMB ialah seolah-olah masih tidak ada lagi pusat gerakan atau 'khemah panas' milik PAS walaupun selepas Pemuda PAS Negeri secara rasminya telah mengumumkan akan memberi kerjasama. Sangkaan baik SMB, mungkin jentera PAS baru saja menggerakkan arahan kepada jentera parti dan pusat-pusat gerakan PAS baru sahaja dalam proses hendak dibina. Maklum lah, semua peralatan dan aset milik PAS disimpan dan dikunci sebelum ini. Dan sekarang semua peralatan itu terpaksa pula dipunggah keluar. Mungkin makan masa kot.

Satu lagi perkara yang sedikit menimbul tanda tanya kepada SMB ialah berkenaan Program Ceramah calon PKR DSWA di Tapak Ekspo Seberang Jaya semalam. SMB tercari-cari kehadiran wakil pemimpin dari Pemuda PAS Negeri. Maklumlah, biasanya bila berlaku isu seperti ini, PKR akan cuba cari jalan agar dapat kelebihan kepada mereka. Contoh, bila YDP Pas Kawasan Permatang Pauh buat u-turn, maka Wan Azizah pun sibuklah adakan program sebelah malamnya bersama YDP PAS yang u-turn itu. Nak tunjuk kononnya masalah sudah selesai.
MANA YUSNI MAT PIAH ???

Tapi semalam, tidak ada kehadiran yang ditonjolkan oleh PKR dari Pemuda PAS. Yang ada hanyalah Mat Sabu dan konco-konconya. Tidak pasti samada Yusni and the Gangs telah dijemput atau tidak. Atau mungkin Yusni tidak dapat hadir walaupun telah dijemput.

Apa pun bagi SMB tindakan Pemuda PAS Negeri ini boleh dianggap sebagai 'U-turn yang tidak selesai'. Zahir nampak seperti Pemuda PAS negeri sudah bersetuju untuk bekerjasama tapi on the ground nya, masih banyak perkara yang boleh dipertikaikan. Tak pe lah, mungkin masih awal untuk menuduh. SMB pasti akan sentiasa mengikuti perkembangan ini.

2 Ulasan

  1. bro , U turn ni wayang je ...selagi AMK tak mohon maaf tak selesai lgi . surat arahan dari Pas Pusat itu benarkah dari Presiden ataupun Timb Presiden .

    BalasPadam
  2. Itu la... khalil sendiri turun bg arahan, maybe dari bapa dia la kot... tu yg yusni kena akur... tghh ni ada strategi tertentu... tgk geng pkr pun nampak mcm x kisah je dgn tindakan yusni ni... siap azizah boleh 'sound' yusni dlm malaysiakini lg...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama