Advertisement - Contact Us

PRK P044 : AZIZAH TERLUKA !!! Sapa Yang Dok Bawa Cerita Dalam Kain Sampai Kak Zah Kita Kecik Ati??? #PRKPermatangPauh #SuhaimiSabudin

Awat Kak Zah??? Sapa yang dok serang peribadi Kak Zah sekeluarga??? Habaq mai kat SMB... Nanti sat, biaq SMB pi luku kepala sedaih...


Nak habaq mai kat Kak Zah, sapa pun sebenaqnya tak kelapaq nak serbu peribadi Kak Zah. Tak bagi manpaat pun. Kak Zah kan segak, lawa, muda jelita, ayu bak anak dara. Dah tu, anak pun segak, berani, terer main bola macam Kak Zah jugak. Senang cerita, kira satu pamili Kak Zah ni memang hebat la. Kalau tak, takkan boleh pakat-pakat jadi wakil rakyat kat seluruh Malaysia ni. Laki Kak Zah tok sah habaq la. Sapa tak kenai abang Non??? Dikenali seantero donia. Tak dan cerita, baru sebut nama, orang dah cam Abang Non had mana. Satu-satunya Abang Non had 'lagu tu'. Tak dak dah aih Abang Non had lain.

Kalau dah macam tu, nak cerita peribadi apa lagi Kak Zah oooiii. Dok ulang benda yang sama. Lepaih 'masuk', pilihanraya... 'keluaq', pilihanraya... 'masuk' pulak, pilihanraya... lepaih ni apa pulak pun tak tau. Orang pun cemuih dah nak dengaq Kak Zah oooiii. Serupa la, orang pun dah cemuih dengan fatamorgana Kak Zah sekeluarga ni. Buat sinetron, mau pi beribu episod, tapi macam dok kata, pi mai pi mai had tu jugak.

Isu yang dibawa sekarang langsung tidak menyentuh peribadi Kak Zah mahupun keluarga. Adakah mendedah kepada rakyat yang berhak tentang kegagalan Kak Zah selama memimpin Parlimen Permatang Pauh dan kemudiannya di ambil alih oleh Abang Non merupakan perkara peribadi? Begitu juga seperti apa yang berlaku di Kajang sekarang, bilamana rintihan suara rakyat Kajang yang berasa terabai diangkat, adakah itu juga peribadi?

Rakyat berhak tahu dan diberitahu rekod khidmat selama ini terutama melibatkan hal ehwal rakyat bagi setiap calon yang menawarkan diri untuk dipilih memimpin dan menjaga rakyat sekiranya menang nanti. Untuk apa? Memberi peluang kepada rakyat khususnya pengundi menilai secara adil kemampuan dan potensi yang dimiliki oleh calon-calon yang menawarkan diri.

Terpulang kepada Kak Zah jika mahu mengekalkan populariti bersandarkan simpati seperti kebiasaan. Yang pasti, calon BN menjanjikan perubahan yang lebih baik kepada rakyat Permatang Pauh apatah lagi beliau seorang yang berwibawa dan layak untuk memimpin. Biar rakyat buat perbandingan samada mahu memberi peluang sekali lagi kepada calon yang telah gagal selama ini atau mencuba calon muda yang berpotensi dan bersemangat... atau... menyerahkan kerusi Permatang Pauh kepada calon PRM mahupun Bebas yang hingga kini, bayang pun masih belum kelihatan.

Untuk membuat perbandingan, sudah tentu rakyat perlukan maklumat yang benar dan bernas. Tidak salah untuk sesiapa sahaja mendedahkan kelemahan dari aspek rekod khidmat selama ini bagi setiap calon. Yang salah adalah mendedahkan kelemahan yang tidak benar hingga mengaibkan atau menjaja cerita 'dalam kain' yang tidak sepatutnya. Dan ini tidak berlaku dalam mana-mana media mahupun kempen dari UMNO dan Barisan Nasional.
Kak Zah sedang membeli barangan dapur untuk membiasakan diri membuat tugas-tugas surirumah sepenuh masa selepas kalah di Permatang Pauh nanti...

Seperkara lagi, apabila Kak Zah mempertikai kononnya kerajaan gagal menjelaskan dan menjawab isu semasa yang dibangkitkan seperti isu GST, 1MDB dan ntah apa-apa ntah lagi. Hakikatnya hanya orang yang matanya tertutup, pekak telinga dan buta hati sahaja yang tidak mendapat penjelasan dari kerajaan UMNO Barisan Nasional.

Cuba Kak Zah tanya diri sendiri, bila kali terakhir Kak Zah menonton media televisyen atau radio baik RTM mahupun Media Prima? Bila kali terakhir Kak Zah membaca akhbar rasmi perdana seperti Berita Harian, Utusan dan lain-lain? Bila kali terakhir Kak Zah melayari laman web kementerian, agensi kerajaan mahupun tulisan-tulisan dari kepimpinan selain daripada tulisan berbentuk spekulasi dan gosip? Dan bila juga kali terakhir Kak Zah mengikuti sessi ceramah, penerangan, talk, seminar, forum dan seangkatan dengannya yang dianjurkan oleh pihak kerajaan?

Masalahnya hidup Kak Zah hanya dibayangi oleh Media Rakyat milik PR, akhbar Harakah, Suara Keadilan, Buletin Mutiara dan lain-lain. Manakala laman web rasmi PR, MalaysiaKini, MiloSuam, blog-blog tulisan pemimpin PR, follow twitter gang PR dan friendlist FB kelompok PR. Ceramah, seminar dan forum yang Kak Zah hadiri semuanya anjuran geng sendiri dan membawa tajuk yang syok sendiri.

Jadi tidak hairanlah jika Kak Zah tidak sampai maklumat, penjelasan dan jawapan oleh pihak kerajaan terhadap isu-isu yang dibangkitkan. Dan jika sampai pun tidak ada gunanya jika hati telah tertutup untuk menerima penjelasan dan jawapan dari kerajaan selagi mana jawapan itu tidak selari dengan apa yang Kak Zah kehendaki.

Buat ahli-ahli tegar Pakatan Rakyat... Adakah anda menghadapi masalah yang sama juga dengan Kak Zah???


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama