Advertisement - Contact Us

PRK P044 : Hospital Baru, SBP Baru, RTC Baru, Sejarah Baru... Mau Apa Lagi ??? #PRKPermatangPauh #SuhaimiSabudin #MelakarSejarahBaru

Janji kerajaan BN kepada seluruh rakyat Permatang Pauh telah pun secara rasminya diumumkan melalui pelancaran manifesto Barisan Nasional sebentar tadi. Banyak perkara-perkara menarik yang boleh diambil kira dan bakal memberi banyak manfaat kepada penduduk Permatang Pauh.

Antara yang mungkin menarik perhatian SMB adalah cadangan membina sebuah sekolah berasrama penuh di dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh. Sekiranya ia menjadi kenyataan maka akan bertambah satu lagi institusi pendidikan berprestij di sini.

Selain itu, seperti yang telah diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri baru-baru ini, iaitu menaiktaraf Hospital Seberang Jaya yang bakal menelan belanja jutaan ringgit. Sudah pasti bukan sahaja penduduk Permatang Pauh yang akan menerima manfaat malah boleh dikatakan seluruh masyarakat Seberang Perai termasuk di Bagan, Tasek Gelugor, Kepala Batas akan dapat menikmati kemudahan ini.

Kerajaan juga berjanji untuk mewujudkan sebuah mini RTC di Parlimen Permatang Pauh sekiranya berjaya memenangi PRK kali ini selain membina Kedai Rakyat 1 Malaysia, mengusahakan peruntukan untuk Program Tabung Penyelengaraan 1 Malaysia dan meningkatkan tahap keselamatan di Permatang Pauh.

SMB percaya kredibiliti kerajaan Barisan Nasional mengotakan janji kepada penduduk Permatang Pauh melebihi keupayaan PKR. Soalnya, adakah pengundi Permatang Pauh mahukan perubahan yang akan dibawa oleh kerajaan BN atau mahu terus kekal di sebalik bayang-bayang Anwar Ibrahim?

"Melakar Sejarah Baru"

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama