Advertisement - Contact Us

Pakatan Rakyat Perak : Tidak sampai 1 tahun memerintah, kini mereka bakal berdepan pelbagai pendedahan salah guna kuasa...

Inilah yang dinamakan kerajaan lanun. Belum pun 1 tahun mentadbir kerajaan negeri Perak, sudah ada pihak yang mengaut keuntungan melampau hingga mampu bergelar jutawan segera. Adakah ini yang dinamakan kerajaan berhemah, telus, amanah, menjaga kebajikan dan adil. Nampak sangat bahawa matlamat sebenar golongan Pakatan Rakyat Perak mahu mendapatkan kuasa kerajaan negeri adalah semata-mata untuk kepentingan poket sendiri dan poket puak kroni.

IPOH 11 Feb. – Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Fauzi Muda mendedahkan terdapat lapan pemimpin kanan PKR, DAP dan Pas menjadi jutawan segera dalam tempoh 11 bulan pakatan pembangkang mentadbir Perak selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008.

Berikutan itu Fauzi, 51, meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat apa didakwanya berlaku penyelewengan dan salah laku dalam kepimpinan kerajaan negeri ketika itu.


Untuk tujuan itu, beliau menyerahkan nama lapan individu tersebut yang terkandung dalam laporannya kepada SPRM Perak di pejabat suruhanjaya itu di sini pada pukul 11 pagi ini.

Bekas Ketua Pemuda PKR Cabang Ipoh Barat, V. Subramaniam yang menyertai Gerakan kelmarin turut menemani Fauzi membuat laporan tersebut.

Salah guna kuasa dan menyamun hak rakyat untuk kepentingan sendiri yang dilakukan oleh penyangak di Perak bukan didedahkan oleh orang luar atau orang UMNO. Perkara ini telah didedahkan dan dilaporkan kepada SPRM oleh pemimpin yang pernah berada dalam Pakatan Rakyat bersama penyamun-penyamun ini. Pendedahan ini turut disusuli dengan bukti yang kukuh untuk mengaitkan kejahatan puak-puak penyamun ini. 

SMB yakin Saudara Fauzi dan rakannya pasti kenal sangat dengan golongan penyamun ini dan yakin mereka ini tidak akan mampu lari lagi dari laporan yang telah dibuat. Puak penyamun ini memang sangat teringin untuk hidup mewah setelah sekian lama dihimpit dalam kesusahan. Perjuangan untuk kepentingan peribadi semata-mata pasti akan gagal jika mereka cuba menggunakan platform UMNO. Jadi bilamana PR menjadi kerajaan negeri maka mereka ini terus mengambil kesempatan sepenuhnya untuk mengaut kekayaan.

Fauzi ketika ditemui selepas itu memberitahu, sebelum memperoleh kuasa, lapan individu terbabit termasuk seorang wanita hidup susah ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang serta tidak mempunyai pekerjaan.

“Tiba-tiba dalam tempoh 11 bulan pakatan pembangkang mentadbir Perak, lapan individu ini berjaya mengubah taraf dan gaya hidup.

“Mereka mampu membeli rumah dan kereta mewah berharga ratusan ribu ringgit, membayar hutang dan mendapat rawatan di hospital swasta yang mahal. Dari mana datangnya sumber kewangan ini?” soalnya.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama lapan individu tersebut kerana telah membuat akujanji dengan SPRM agar tidak mengganggu siasatan.

Menurut Fauzi, dakwaannya itu mempunyai asas kukuh dan bukannya berunsur fitnah atau dendam terhadap mereka.

Mereka ini mungkin tidak menyangka bahawa Pakatan Rakyat hanya mampu memerintah negeri Perak selama 11 bulan. Sangkaan mereka bahawa PR bakal berkuasa setidak-tidaknya untuk tempoh 1 penggal sebelum PRU 13 berlangsung. Akibat salah jangkaan, puak-puak ini tidak sempat untuk menutup semula lubang duit yang telah digali. Maka segala penyelewengan dan salah laku yang dilakukan telah dapat dihidu ramai pihak termasuk di kalangan Paktan Rakyat sendiri.

Itu baru 11 bulan memerintah. Cuba bayangkan jika kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir negeri Perak selama 1 penggal. Sudah pasti puak penyamun ini akan menyamun habis-habisan harta rakyat. Allah itu Maha Kaya, jadi tidak hairanlah apabila perbuatan mereka terbongkar dan sekurang-kurangnya telah dapat menyelamatkan banyak wang rakyat dari diseleweng oleh manusia seperti mereka.

“Perkara ini bukan saya sahaja yang pertikai tetapi ramai ahli dan pimpinan PKR serta pakatan pembangkang di Perak marah dengan apa yang berlaku.

“Saya akan mengemukakan segala bukti dan saksi yang diperlukan oleh SPRM bagi membantu siasatan,” tegasnya.

Bekas Ketua PKR Cabang Ipoh Barat itu berkata, rakyat perlu melihat betapa rakusnya kepimpinan pakatan pembangkang dalam tempoh sesingkat 11 bulan.

Katanya, semasa berkuasa, pemimpin pakatan pembangkang sibuk berebut jawatan dalam syarikat kerajaan negeri, jawatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan, berebut tanah serta balak dan bukannya membela nasib rakyat.

“Alhamdulillah, 11 bulan sahaja mereka berkuasa di Perak, kalau tidak, saya yakin negeri ini akan hancur kerana tindakan perakus, perompak dan lanun ini,” ujarnya. - UMNO Online

Golongan ini sebenarnya mengalami simptom kejutan budaya. Sepertimana PAS dan DAP, mereka ini tidak pernah berpeluang berada di kedudukan tertinggi dalam kerajaan. Malah mereka juga tidak pernah menjangka akan berpeluang untuk berada di kedudukan tersebut. Tsunami politik yang berlaku pada PRU12 telah menjadikan mereka tak ubah seperti 'merak naik ekor'. Hidup mereka berubah dalam sekelip mata. Peluang yang tidak pernah mereka mimpikan tiba-tiba berada di depan mata. Jadi tanpa berfikir panjang, mereka cuba mengambil kesempatan dan mengaut sebnayak yang boleh apa sahaja yang terhidang di depan mata apatah lagi perkara ini hanya akan datang sekali dalam seumur hidup. Dan kini padah dan akibat dari kesilapan singkat mereka bakal dihadapi. Pastinya apa yang mereka kaut sebelum ini tidak akan mampu untuk membantu mereka lagi...

4 Ulasan

  1. Itu baru 11 bulan dah jadi jutawan, kalau 50 tahun huh cuba kira berapa billion seorang melebihi harta Hosni Mubarak....Bankrap Malaysia kalau dibiarkan PR memerintah.

    BalasPadam
  2. Bos - belum habis lagi Bos. Selangor ada lagi. Dah rancang -kalau salah tuduh Penolong Pengurus Besar Yayasan Selangor yang bankrap punya hal. Tapi Khusrin pulak kacau daun.Tak pe - meeting Khusrin ada kita jangan bincang pasal nak kaya. Dia takde kita bagi bagi lah, Ni aje peluang.Lain kali takde dah, orang kampong, yang duduk condo,yang duduk flat dah tahu. Penang takde hal - Boleh balun sekali lagi kut lepas PR13.

    BalasPadam
  3. Dari keseluruhan ayat yang saya baca, tak ada fakta dan angka yang di sebut. Semuanya secara umum. Kami rakyat mahukan bukti untuk buat perbandingan. Kalau tesis sudah di bakulsampahkan komen anda. Tolong perbaiki dan kemaskini maklumat. PRU-13 semakin dekat. Cuba bandingkan dengan maklumat dari pembangkang yang di bentangkan secara detail

    BalasPadam
  4. JAGALAH KESUCIAN SEMUA RUMAH-RUMAH ALLAH DISEPANJANG PRK

    • Kepada semua pihak yang berkuasa tempatan kawasan yang berlangsungnya PRK dan kawasan sekitarnya (seperti JKKK, RELA, J/K Masjid & Surau, Ketua-ketua Kampung, Peghulu, Majlis Daerah, POLIS, Persatuan Belia dan sebagainya.

    • Saya, selaku pemerhati bebas setiap PRK menyeru semua pihak bergembeling tenaga untuk mengawal segala Masjid, Surau atau Madrashah dari dijadikan puast penempatan gelandangan sempanjang berlangsungnya PRK.

    • Dalam beberapa PRK yang lepas, saya mendapati ramai golongan gelandangan bermehrajalela mendiami RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai pusat gelandangan mereka. Kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH dicemari dengan kelakuan-kelakuan buruk mereka sepanjang mereka bergelandangan di RUMAH-RUMAH ALLAH.
    • Mereka sesuka hati merokok, menjamu selera, berbual kosong dengan kuat, berpakaian kurang sopan (memakai tuala mandi keluar masuk RUMAH-RUMAH ALLAH, mengganggu ahli kariah untuk beribadat, mengotori bilik air dan dewan wuduk (sehingga ada yang menjadikan dewan wuduk tempat mandi), menganggu jema'ah wanita dan sebagainyan.

    • Mereka sesuka hati menjadikan RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai HOTEL PERCUMA mereka dengan alasan mereka adalah musafir fi'sabillillah. Mereka ini sebenarnya bukan musafir fi'sabillillah tetapi gelandangan dari parti-parti politik yang berjuang untuk kelangsungan parti politik mereka.

    • Mereka juga tidak segan - silu menghalau J/K RUMAH-RUMAH ALLAH yang mengingatkan mereka supaya menjaga kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH.

    • Sekian sahaja harapan saya semoga semua musafir yang menumpang munaikan kewajipan bersolat di RUMAH-RUMAH ALLAH dapat beribatat dengan khyusu’.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama