Advertisement - Contact Us

Lim Ti Pah masih di'kencing' oleh Sang Anwar... Sampai bila orang Cina akan terus percaya dengan 'mulut longkang' Al-Juburi...

1.  Masih tak terlambat rasanya untuk SMB mengucapkan tahniah kepada wakil rakyat Barisan Nasional yang baru bagi DUN Tenang keran telah berjaya mengekalkan kerusi BN di sana. Syabas juga diucapkan kepada seluruh pengundi DUN Tenang kerana masih sudi memberi mandat kepada calon BN untuk terus berbakti sebagai wakil rakyat. Tak ketinggalan ucapan tahniah juga diucapkan kepada seluruh jentera BN dari setiap komponen BN, para bloggers dan semua yang telah bekerja keras bagi memastikan kemenangan di DUN Tenang.

2.  Kejayaan ini membuktikan bahawa rakyat sudah mula menerima aspirasi yang dibawa oleh kerajaan di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri. Ia juga jelas menunjukkan bahawa rakyat sudah muak dengan janji manis dan pembohongan yang cuba diserap oleh puak Pakatan Rakyat kepada penduduk DUN Tenang. Rakyat sekarang sebenarnya mahu melihat bukti di depan mata, bukan lagi janji air liur yang belum tentu kesahihannya.

3.  Berdasarkan statistik, jelas menunjukkan bahawa BN berjaya meningkatkan jumlah majoriti yang diperolehi berbanding pada PRU 12 yang lalu. Walaupun jumlah yang keluar mengundi dilihat sedikit merosot namun BN masih mampu meningkat majoriti hingga hampir 50%.

4.  Kaum Melayu di DUN Tenang mulai yakin dengan kemampuan BN sebagai sebuah parti memerintah. Ini dapat dilihat berdasarkan keputusan mengikut peti undi di mana hampir kesemua peti undi kawasan majoriti Melayu di sapu bersih oleh BN. Ia termasuklah di kawasan Felda dan di kawasan kampung Melayu tradisional.

5.  Sementara itu, di kawasan peti undi India, BN sekali lagi berjaya mengekalkan keputusan 100% milik Barisan Nasional. Kaum India yang rata-ratanya tinggal di kawasan estet percaya hanya BN sahaja yang mampu membela nasib mereka walaupun kaum India merupakan penduduk minoriti di DUN Tenang. Ditambah dengan tindakan N. Gobala yang keluar dari PKR membuktikan bahawa Pakatan Rakyat sebenarnya tidak mampu menjaga kebajikan kaum India seperti yang dicanang oleh mereka selama ini.

6.  Cuma yang mungkin perlu diberi lebih perhatian adalah di kawasan peti undi majoriti kaum Cina. Walaupun keputusan DUN Tenang di kawasan peti undi ini secara keseluruhannya masih mamihak kepada BN, namun tidak banyak peningkatan dapat dicatatkan berbanding keputusan PRU yang lalu. Namun begitu, BN masih mampu merampas 2 peti undi di kawasan kaum Cina dan mengekalkan 1 peti undi. Manakala 1 lagi peti undi berjaya dicuri oleh Pakatan Rakyat.

7.  SMB tidak mempertikaikan usaha keras komponen BN yang mewakili kaum Cina termasuk MCA dan Gerakan. Tidak dinafikan, kedua-dua jentera parti ini sudah bertungkus lumus untuk meyakinkan penduduk Cina agar memilih BN. Jika tidak masakan BN mampu merampas 2 peti undi kaum Cina. Mungkin beberapa faktor dilihat menjadi penyebab kenapa orang Cina masih ragu-ragu untuk memilih Barisan Nasional.

8.  MCA dan Gerakan sebenarnya dalam usaha memperkukuhkan keharmonian di dalam parti masing-masing. Setelah pelbagai krisis dilalui sebelum ini, kedua-dua parti ini dalam proses pemulihan dan dalam masa yang sama sedang berusaha untuk mengembalikan keyakinan masyarakat Cina untuk menyokong MCA dan Gerakan. Sewajarnya kita sama-sama memberi ruang dan peluang untuk kedua-dua parti komponen ini mengembalikan kekuatan mereka dan dalam masa yang sama mengukuhkakn kedudukan Barisan Nasional.

9.  Selain itu, kebanyakan masyarakat Cina masih mendambakan sesuatu dari janji yang ditabur oleh Anwar Ibrahim. Seperti yang kita ketahui, Anwar begitu menumpukan undi dari kaum Cina melalui parti DAP bagi mengukuhkan kedudukan Pakatan Rakyat. Ini dapat dilihat berdasarkan pelbagai janji yang ditabur oleh Anwar yang kebanyakannya memihak dan memberi peluang kepada masyarakat Cina. Akan tiba masanya semua janji Anwar gagal dikotakan dan pada ketika itu masyarakat Cina akan kembali memberi sokongan kepada BN apabila menyedari mereka sebenarnya dipergunakan oleh Anwar dan sekutunya.

10.  Apapun hakikatnya segala teka teki sudahpun terjawab. BN masih berjaya mengekalkan kerusi DUN Tenang. Kini semua jentera BN beralih memberi tumpuan bagi memastikan DUN Merlimau turut berjaya dikekalkan menjadi milik BN. Belum pun tiba hari penamaan calon, Pakatan Rakyat sudah mula memperlihatkan pergolakan apabila masing-masing bercita-cita ingin meletakkan calon bagi bertanding merebut kerusi DUN Merlimau.

1 Ulasan

  1. Kita sendiri tahu dan sejarah telah membuktikan bahawa kaun cina adalah berjiwa opportunistic... mereka boleh melihat dan mengambil kesempatan yang ada.

    Rasanya mereka bukanlah betul2 mempercayai segala janji anuWar... tetapi lebih kpd mengambil kesempatan keatas anuWAR sekiranya beliau berjaya menawan Putrajaya.

    Senjata yg mereka pegang adalah rahsia2 keatas kes2 salahlaku anuWAR yg kini dipegang oleh pemimpin DAP. Maka anuWAR akan diperguna sebaik mungkin untuk mencapai matlamat mereka.

    Mereka ini juga menjadi semakin berani apabila adanya ramai kaum melayu yg lupa diri yg konon berjuang atas dasar kesamarataan tetapi mudah ditipu oleh mereka yg pandai dlm sikap opportunistic.

    Malang apabila rakan sekutu UMNO dlm BN juga seakan setuju dgn sikap opportunistic cina ini, dan bertindak seakan2 duri dalam daging.


    wallahualam.... sekadar pendapat.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama