Advertisement - Contact Us

KJ dianaktirikan : Sampai bila kepimpinan Najib akan terus dibayangi oleh pengaruh Tun Mahathir???

1.  Kenapa KJ mengambil keputusan untuk berundur dari arena politik dan tidak mahu mempertahankan jawatan ahli parlimen Rembau? adakah KJ sudah mula feed up dan merajuk dengan senario politik sekarang? Kenapa keputusan ini diambil tatkala UMNO dan BN sedang mengumpulkan kekuatan bagi menghadpi PRK Tenang dan PRU yang kian menjelang tiba???

2.  Pelbagai persoalan timbul apabila KJ mengambil keputusan untuk berundur. Pastinya ramai yang bertepuk tangan dan melompat riang tatkala mendengar keputusan drastik dari KJ ini. Tidak terkecuali mereka-mereka yang kini sudah mula merangka strategi untuk mengambil alih kedudukan dan kuasa dari KJ.

3.  Pastinya banyak faktor yang mendorong KJ untuk membuat keputusan sebegini. Malah tidak dinafikan wujud tangan-tangan ghaib dari dalam UMNO atau dari luar yang mahu melihat kejatuhan KJ dalam politik. Perkara ini sudah lama wujud iaitu sejak bapa mertuanya masih menjawat jawatan PM. Dan jelas perkara ini terus berlartan hingga kini walaupun Tun Pak Lah bukan lagi Perdana Menteri Malaysian.

4.  Bagi SMB berlaku sedikit ketidakadilan dalam keputusan PM Najib membabitkan isu KJ ini. Kenapa Najib terus bertegas untuk tidak melantik KJ dalam barisan kabinetnya walaupun sebagai Timbalan Menteri. Apa lagi yang tidak lengkap berkaitan dengan KJ ini. SMB beranggapan selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Pengerusi Pemuda Barisan Nasional dan Ahli Parlimen Rembau, sebenarnya sudah melayakkan KJ menjawat jawatan sebagai Menteri Penuh mahupun Timbalan Menteri.

5.  Najib tetap tidak mahu melantik KJ dalam kabinetnya walau PRU-13 sudah kian menghampiri. Alasan untuk memperkukuhkan barisan Pemuda mungkin boleh diterima pada peringkat mula selepas PRU12 atau selepas Pemilihan UMNO yang telah berjaya mengangkat KJ sebagai Ketua Pemuda. Namun itu 2 tahun yang lepas. Bukankah sudah sampai masanya untuk Najib memberi peluang kepada KJ untuk menduduki barisan kabinetnya walaupun tidak sampai 1 tahun?

6.  KJ dilihat hilang taringnya malah tidak keterlaluan jika SMB memperkatakan bahawa suara KJ sebenarnya langsung tidak bernilai di sisi Najib. KJ mungkin bukan calon favourite bagi Najib sebagai Ketua Pemuda namun perlu diingat KJ menjawat jawatan tersebut setelah berjaya memenangi dalam Pemilihan UMNO dan pastinya menjadi pilihan barisan Pemuda. Kalaupun bukan semua Pemuda menyokong KJ namun jelas majoriti perwakilan memilih KJ sebagi KP.

7.  Kepimpinan Najib sebenarnya telah dibayangi oleh pengaruh bekas PM, Tun Mahathir. Jadi tidak hairanlah bagaimana dato' Mukhriz boleh dilantik sebagai menteri walaupun tewas dalam pemilihan KP di tangan KJ. SMB tidak mau mempertikaikan perlantikan Dato' Mukhriz namun setidak-tidaknya KJ perlu diberi peluang untuk berbakti dalam barisan kabinet.

8.  Bagi SMB, jika dibandingkan antara KJ dan Dato Mukhriz, jelas menunjukkan keupayaan KJ untuk terus berdiri dalam politik UMNO dan memenangi jawatan KP walaupun selepas Pak Lah meletak jawatan sebagai PM. Ini menunjukkan KJ berjaya menambat hati Pemuda dengan kekuatan diri sendiri tanpa bersandarkan kepada pengaruh Pak Lah. Berbanding Dato' Mukhriz yang ternyata masih bergantung harap kepada populariti ayahnya untuk terus survive dalam politik.

9.  KJ sebenarnya telah berjaya meyakinkan Pemuda dan belia di Malaysia untuk kembali menyokong UMNO dan BN. Ini dilihat berdasarkan penerimaan anak-anak muda terhadap setiap aktiviti yang dianjurkan oleh kepimpinan KJ. Kejayaan ini berjaya digapai tatkala KJ tidak menjawat jawatan dalam kabinet. Bayangkan jika KJ berada dalam kabinet, SMB yakin dan parcaya bahawa KJ dan Pemuda mampu pergi lebih jauh lagi.

10. Mungkin ini cara untuk membunuh karier politik KJ dalam diam. Menghalang sebarang perlantikan terhadap KJ walaupun secara asasnya ia sudah layak. SMB tidak berniat untuk menentang pentadbiran Najib, cuma ingin menyatakan apa yang terpendam berkenaan dengan isu pengunduran KJ dari arena politik negara. Mungkin KJ mempunyai alasan tersendiri kenapa beliau mengambil keputusan untuk berundur. Hanya KJ dan Allah sahaja yang mengetahui.

18 Ulasan

  1. salam,

    kepentingan bangsa dan kehendak rakyat lebih diutama dan penting dari KJ. saudara jangan pura-pura, kemenangan KJ sebagai KP adalah disebabkan beterbangannya duit2 kedalam poket2 mereka yang mengundi KJ. Tak apalah KJ dah ada harta berbillion2, tak jadi menteri pun tak apa. kalau benar KJ pejuang UMNO sejati seprti ramai lagi diluar sana, dia tetap boleh berjuang, tanpa mengharapkan apa2 jawatan. hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.

    BalasPadam
  2. isu pemilihan KP dahulu tak habis2 lagi ka .. apa lagi dok ungkit .

    BalasPadam
  3. Buat kerja...Buat kerja. Jangan asyik melalak.

    agbr47: Aku mahu lihat pemuda sentiasa di barisan hadapan.

    BalasPadam
  4. Setidak-tidaknya bagi la peluang sekali untuk KJ buktikan kemampuannya.

    Apa yang berlaku jelas menunjukkan ada pihak yang cuba membunuh karier politik KJ...

    BalasPadam
  5. nak bagi peluang ?
    MAcam diberi kpd Pakatan Haramjadah ?

    Tak perlu nak test,test water

    BalasPadam
  6. Dia sebenarnya lialibilti kepada UMNO. Sebab tu tidak dilantik apa-apa jawatan. Lialibiliti ni bakal memberi peluru kepada pembangkang utk hantam UMNO. PRU12 adalah buktinya. Zaman sokongan kpd UMNO merudum pun, BN masih dapat 2/3. Ini kononnya zaman kegemilangan Pak Lah, kenapa 2/3 tak dapat? 1. Paklah 2. KJ 3. Menteri half past six. Paklah dah out, UMNO bangun tapi tak sepenuhnya. Jika KJ out, insyaAllah UMNO akan bangun sepenuhnya.

    BalasPadam
  7. hahahhaha...sebagai blogger pro umno, ada ke kata DSn masih dibayangi oleh Tun M...adakah anda juga agen pro PR? wahai penulis yang baru muncul..kalau saudara ikuti cerita awal kenapa KJ, tentu anda akan faham kenapa DSn tidak mengambilnya sebagai menteri kabinet...

    anda pun kecewa? blah lah ikut KJ...mungkin KJ ada harapan bila masuk geng peliwat...

    BalasPadam
  8. KJ..............
    Kenapa rakyat benci padaMu?
    Mudah sahaja kerana KJ dan Pak Mertuanya seperti "Kacang Lupakan Kulit"

    Itulah gambaran yang sebenarnya.
    Sekian.

    BalasPadam
  9. "....Mungkin KJ mempunyai alasan tersendiri kenapa beliau mengambil keputusan untuk berundur. Hanya KJ dan Allah sahaja yang mengetahui...."

    Biarkan siKETOL terjun dengan labu-labunya!

    Jangan marahkan DS Najib kerana tak lantik siKETOLini sebagai menteri. Itu hak DS.

    Jangan sekali-kali kait nama Tun Mahathir dengan keputusan DS Najis kerana tidak melantik siKETOL ini sebagai menteri, kerana DS Najib ada otaknya sendiri!

    Seperti kata SMB sendiri, hanya "DS Najib dan Allah sahaja yang mengetahui"

    Bersedialah....tsunami USD500,000 akan melanda Rembau - itulah ALASANNYA!

    BalasPadam
  10. Khairy oooo Khairy.
    Aku dan keturunanKu sangat membenciMu bersama dengan bapak MertuaMu.

    Bagi aku, engkaulah perosak kestabilan negara tercinta ini. Kau pergi mampus dengan PKR jahanam.

    BalasPadam
  11. Webmaster memang nak cari naas.

    Dahlah tu kita berhenti di sini. Apa-apa pun semua Melayu.

    agbr47: Redha dengan pemergian KJ.

    BalasPadam
  12. Betul la Kata Ular.
    Redha dengan pemergian KJ.

    Tiada faedahnya jika masyarakat Melayu dan UMNO mempertahankan KJ. Tiada satupun jasa dari KJ untuk negara ini. Semua masyarakat Melayu tahu bahawa KJ adalah perosak bangsa Melayu dan kelemahan pentadbiran negara semasa PaK Dolah Badawi berpunca daripada KJ.

    BalasPadam
  13. DSNTR tidak dibayangi Tun M. Tetapi DSNTR dibayangi oleh KEHENDAK RAKYAT.

    go ask rakyat KJ or Tun M? dare enough?

    Ms P

    BalasPadam
  14. Siapa selepas KJ??? Adkah Mukhriz yang paling layak??? Kenapa??? Anak Tun M???

    BalasPadam
  15. kah3.masih ada lagi ke barua penyokong KJ ni?ish2 dsar kroni sungguh la hang ni noo.org rembau taw la apa yg jadi pada PRU12.hang jgn buat2 lupa pulak.memalukan!sungguh memalukan.elok sgt la dia pi berambus.tgk ja pemilihan umno lalu.sapa yg digelar rasuah?dah lupa?buat rosak bn&umno ja dia ni

    BalasPadam
  16. Aku setuju ANON kata SMB ni ejen Pembangkang kot..Dia siap hurai lagi KJ tu best giler..Nk termuntah aku dengar cerita KJ Barua tu, dia n pak mentua diala yg pelingkup UMNO....KJ ni ni pun satu, dah tau org tak suka, BLAH LA cepat222.tongong tongong tongong sungguh

    BalasPadam
  17. Dah nampak dah kenapa dia tanak bertanding, isu rasuah alcatel lucent - TM. perpisahan TM dan Axiata, dan lain-lain semua berlaku zaman paklah @ kj. so baik dia angkat kaki

    BalasPadam
  18. alangkah indah jika UMNO dan PAS bergabung.. melayu duduk bersama2..terus maju dan saling memberi kekuatan antara satu sama lain..Kpd sesetengah ahli2 UMNO dan PAS atau Pembangkang..wlpn anda ada kuasa utk memerintah jauhilah sikap ego yg ada dlm diri.muhasabah diri..jauhilah amalan rasuah atau mgunakan duit untuk membeli org,tender atau sebagainya..sy berterima kasih kpd ahli UMNO bersih,betul2 bertanggungjawab dan tidak pernah menyelewengkn kuasa mereka utk kepentingan diri,dan tidak gunakn rasuah kerana tidak semua org UMNO yg jahat(rasuah).. alangkah indahnya jika melayu bersama2 duduk semeja,tanpa ada agenda2 jahat yg tsendiri utk kpentingan diri sendiri..sy inginkn seorang pemimpin yg betul2 bekerja hanya utk rakyat.sy xnak pemimpin yg bkerja utk diri sdiri dan partinya(bias). sy harap sgt2 melayu terus maju..maju yg ptg adalah majukn melayu dlm agama..kerana itulah asas jati diri seseorg.. Ulamak wlaupun berbeza politik jgnlh kita smpi ke tahap untuk menghancurkn ulamak.. sayangilah ulamak..sudah lah..cukuplah..sudahlah..hentikanlah menghentam nik aziz nik mat, sy xnafikn juga mungkin ada salah silap, tpi cubalah kita sama2 selidik dahulu.. dan jgnlah kita marah sampai ke tahap di mana agama dilupakan dan ulamak di hentam.. nauzubillah.. sy harapkn sebuah negara yg membangun dgn nilai2 islam yg mantap dlm diri org islam khususnya remaja masa kini seperti sy.. percayalah remaja masa kini kian hanyut di arus keduniaan..cth utk atasi kes buang anak luar nikah..jika dilihat..dan jika ingin menghentikannya..lihatlah pada akarnya.. semua ini xkn terjadi jika kita kembali menegakkn syiar islam agar lahirnya masyarakat yg berjiwa islam dimana asas2 nya jika dihayati oleh remaja masa kini...insyaallah..sgla kepincangan ini dpt di atasi.. fikir2knlah cara dan strategi untuk kembali bersama2 xkira parti politik apa..fikirkn utk melayu..fikirkn utk agama.. kemanakah sebenarnya destinasi kita selepas hidup didunia ini..
    drpd: mahasiswa yg ingin melihat agama dtitik beratkn dan melayu bersatu..usahlah melayu kata mengata.. yg kurang ilmu agama hormatlah pada ulamak..yg kurang sedar kesalahan sendiri muhasabahlah diri...igt pada zmn kecik2, jika ada ketidak adilan berlaku pda kita bgaimana kita rasa? majulah agama dan melayu utk negara!
    bersama2lah kita tlg menolong antara kaum2 di malaysia.. banteraslah dan basmilah pendatang asing dinegara ini.. terlalu ramai rakyat indonesia,myanmar,bangla,afrika dan mcm2 lagi.. lebih byk -ve dpd +ve.. rogol, dadah, sosial, dan mcm2 ag.. bersatulah pemimpin2 negara dengan harapan berjuang utk agama, bangsa dan negara dgn sebenar2 takwa.. sgla jasa anda semua sgt sy hargai..sy cuma pelajar biasa yg tiada kuasa apa2..tetapi percayalah...selamatknlah generasi zaman kami..indon semakin berleluasa..boleh membeli rumah lagi..beranak pinak..bila anak mrka membesar..mulalah minta kerakyatan nti negara kita juga yg susah.. sy cdgkn kalau nk check o tgkp indon2 tu aturlah strategi, cth kalau ada perlawanan bola, disinilah polis sgt2 diperlukn utk memeriksa mrka di pintu2 masuk.. harap sgt2 jika rakyat mlysia ada melakukn kesalahn kecil, jgnlah layan kami seperti rakyat asing..sedangkn kami adalah warganegara MALAYSIA! majulah negara untuk semua..
    sy mohon ampun dan maaf andai mengguris hati sesiapa.. tapi percayalah sy hanya ingin melihat bangsa saya berjaya dan generasi remaja zaman sy pada hari ini menghayati islam.. biarlah mereka lebih kenal siapa itu saidina ali drp pelakon2,hollywood, bollywood dan sbgainya.. remaja semakin rosak..harap ada perubahan dilakukan..bersama2lah kita muhasabah diri sendiri..usahlah mengata org jika mrka tidak melakukn kebaikan seperti sedia ada..tetapi renung2knlah pada diri sendiri..kenapa tidak kita shja yg melakukannya drpda kita sibuk mencari kesalahan org lain.. sudahlah...usahlah bergaduh sesama sendiri...sy sgt respek kepada salah seorang pemimpin yg benar2 berjuang utk agama dan melayu iaitu Ibrahim Ali..tetapi xkan bla sy besar nti nk undi BEBAS..bersatulah demi generasi akn dtg..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama