1. Sah Zaid Ibrahim dipilih menjadi calon PKR bagi merebut kerusi Parlimen Hulu Selangor. Pemilihan ini telah diumumkan sendiri oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim di dalam satu majlis yang turut dihadiri oleh kepimpinan Pakatan Rakyat yang lain.
2. Pemilihan Zaid jelas menunjukkan betapa PKR begitu terdesak untuk memenangi kerusi P94 ini. PKR dilihat tidak yakin akan kemampuan calon tempatan lain seperti Ketua AMK, Shamsul atau Dr. Halili hingga terpaksa memilih orang luar dari Kota bharu kononnya dianggap sebagai calon 'heavyweight' bagi berdepan dengan calon BN dari MIC.
3. Zaid yang juga merupakan bekas menteri kabinet dari BN sewaktu era pentadbiran Pak Lah dan juga merupakan bekas pemimpin UMNO Bahgian Kota Bharu, Kelantan. Diatas sebab rasa kecewa, Zaid telah mengambil keputusan meletak jawatan sebagai menteri kabinet dan kemudiannya mengumumkan keluar parti bagi menyertai PKR.
4. Antara sebab kenapa Zaid menyertai PKR adalah kerana berasa kecewa dengan keputusan kepimpinan UMNO dan BN yang telah menamatkan kontrak Zaid & Co.dari terus menjadi peguam perundangan panel mewakili UMNO dan BN.
5. Zaid & Co milik Zaid Ibrahim sebenarnya telah banyak mengautkan kontrak dan kekayaan dari UMNO dan BN selama ini. Syarikat ini telah mewikili UMNO dan BN sejak era pentadbiran Tun Mahathir lagi.
6. Selain itu, pemilihan Zaid sebagai calon PKR merupakan satu kelebihan kepada BN. Umum terutamanya penduduk Kota Bharu sudah maklum sangat akan kemampuan Zaid sebagai pemimpin. Zaid sebenarnya telah ditolak oleh orang kota Bharu disebabkan kegagalannya menjadi pemimpin yang baik sepanjang beliau mentadbir UMNO Bahagian Kota Bharu.
7. Anwar dan PKR sepatutnya mengutamakan calon tempatan yang lebih berkaliber. Pemilihan Zaid jelas membuktikan betapa Anwar langsung tidak prihatin dengan kehendak penduduk setempat malah beliau langsung tidak memberi kepercayaa akan kemampuan dan kredibiliti calon tempatan yang sedia ada.

Aku setuju pemilihan MIC merupakan satu kesilapan Maha besar UMNO & BN di Hulu Selangor.
BalasPadamSesuatu yang boleh difikirkan ialah anwar buat U turn 180 darjah. Zaid hanya dicalonkan, bukan lagi hantar kertas pencalonan.
BalasPadamPakteh rasakan Anwar hanya test market dan akan ubah calon sprt Dr. halili bila tiba hari penamaan. Ini boleh berlaku kpd org yg terdesar sprt Anwar. lagipun Anwar akan dilihat sanggup mengikut kehendak rakyat dan rela mengenepikan pilihan sendiri jika zaid akhirnya tidak dicalonkan dan mungkin sedikit sebanyak mampu mempengaruhi mod pengundi.
Namun jika akhirnya zaid juga yg terpilih, syabas Azmin n Bye2 Zaid.