Advertisement - Contact Us

Anwar Gelabah Melihat PKR Terus Diludah Oleh Bekas Orang Kanannya Sendiri...

1. Syukur kerana Allah masih panjangkan umur untuk saya terus berjuang demi untuk menegakkan kebenaran dan membaiki kelemahan. Apapun saya memohon maaf kerana agak lama saya tidak dapat meng'update'kan blog ini atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Namun, perjuangan demi agama, bangsa dan negara tercinta tetap membara di dalam diri.

2. Baru-baru ini politik negara dikejutkan dengan beberapa tindakan keluar parti yang telah diumumkan melalui media oleh beberapa pemimpin politik yang memegang jawatan tinggi dalam PKR termasuk beberapa Ahli Parlimen. Tidak perlu saya sebutkan siapa kerana saya pasti umum sudah pun mengetahui pemimpin yang dimaksudkan itu. Yang menjadi persoalan adalah kenapa perkara ini berlaku?

3. Anwar beria-ia mengumumkan akan mengambil alih Putrajaya pada 16 September yang lalu. Realitinya, tidak ada seorang pun Ahli Parlimen BN yang lompat menyertai Pakatan rakyat dan sekaligus melenyapkan impiannya untuk melangkah ke Putrajaya. Kini semuanya seperti sudah terbalik kod apabila bukan ahli parlimen BN yang menyeberang ke Pakatan rakyat, tetapi pemimpin PR terutama di dalam partinya sendiri yakni PKR yang berpusu-pusu keluar dari perjuangan Pakatan Rakyat samada untuk menyertai BN ataupun ingin berjuang sendirian selaku pemimpin Bebas.

4. Walaupun Anwar cuba untuk menyedapkan hatinya sendiri kononnya tindakan keluar parti ini merupakan satu proses pembersihan dalam PKR namun saya yakin rakyat sebenarnya sudah mula membuka mata dan kian sedar kepincangan yang sedang dialami di dalam PKR mahupun Pakatan Rakyat itu sendiri. Perlu diingat bahawa pemimpin yang keluar parti bukanlah calang-calang pemimpin dalam PKR. Mereka termasuklah bekas orang kepercayaan dan orang kanan yang paling setia yang mana turut menyumbang hingga tertubuhnya PKR. Bagaimana pemimpin yang pernah menjadi orang kepercayaan Sang Anwar secara tiba-tiba hilang kepercayaan ke atas PKR?

5. Perjuangan PKR sudah terpesong jauh dari landasan asal. Inilah alasan yang palin popular yang diberikan oleh pemimpin yang keluar PKR ini. (Saya akan perjelaskan perkara ini di dalam artikel saya seterusnya). Dan satu lagi perkara yang menjadi punca adalah situasi yang berlaku di dalam PKR di mana tetap terjadi aksi 'cah keting' sesama pemimpin didalam PKR walaupun hakikatnya PKR masih boleh dianggap parti setahun jagung.(Juga akan saya perjelaskan nanti).

6. Anwar sebenarnya berada dalam keadaan seperti di hujung tanduk samada dalam aspek politik mahupun dalam kehidupan peribadinya. Anwar terpaksa berhadapan dengan situasi politik yang jelas tidak menyebelahi dirinya dan pada masa yang sama terpaksa melalui perbicaraan kes liwatnya. Lihatlah keadaan fizikal anwar kini, dengan tubuh yang susut dan kurus, tidak terurus dan kusut jelas menggambarkan senario yang sedang dihadapinya kini. Ini amat berbeza dengan keadaan dirinya sewaktu di dalam UMNO di mana jelas Anwar mempamerkan imej yang gagah, berkaliber dan amat berketrampilan. Namun mungkin disebabkan pengalamannya di dalam politik membuatkan Anwar masih lagi mampu bertahan melindungi bangkai gajah walaupun baunya sudah tersebar ke serata tempat.

7. Apapun, saya amat yakin dan pasti bahawa akan ada lagi pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang akan terus mengejutkan senario politik dengan mengumumkan untuk keluar dari perjuangan Pakatan rakyat. Janji yang diumumkan oleh beberapa Ahli Parlimen PKR baru-baru ini bahawa mereka akan terus setia dengan PKR tidak boleh diterima pakai kerana segala-galanya boleh berubah dalam sekelip mata. Kebiasaannya setelah ada yang mulakan pasti akan ada yang menyusul.

SAMA-SAMALAH KITA NANTIKAN...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama