Advertisement - Contact Us

Nizar Mangkuk : Mari kita letak kerengga di Pokok Demokrasi milik Sivakumar...

1. Bekas Speaker DUN Perak mewakili Pakatan rakyat yang telah di'ketis' dengan kaki dan dihumban keluar dari dewan cuba hendak buat kacau lagi. Sivakumar yang juga merupakan ADUN Tronoh telah mengeluarkan arahan syok sendiri iaitu memanggil semua Ahli DUN Perak untuk bersidang pada 2 September ini.

2. Sehubungan itu, Speaker yang baru telah membuat kenyataan media bahawa arahan yang dikeluarkan oleh 'mamat gila meroyan', V. Sivakumar adalah tidak sah dan telah melanggar peraturan mesyuarat yang ditetapkan dalam Perlembagaan Negeri Perak. Menurut Ganesan lagi, tidak wujud sebarang cadangan atau perbincangan untuk mengadakan Sidang DUN pada tarikh tersebut. Sivakumar yang disifatkan sebagai 'masih menyamar' sebagai YDP DUN sebenarnya telah disingkirkan dari kerusi Speaker melalui suara majoriti dalam sidang DUN yang lepas.

3. Ganesan juga telah membuat laporan polis berhubung tindakan Sivakumar yang dianggap keterlaluan dan cuba untuk mencetuskan kekecohan semula di Negeri Perak. Menurut Perlembagaan Negeri Perak, hanya Sultan atau pihak yang mendapat perkenan Sultan Perak sahaja yang berhak menentukan dan memanggil Sidang DUN. Dalam kes ini, Sultan Perak tidak pernah memperkenankan sebarang arahan untuk mengadakan sidang pada 2 September seperti yang didakwa oleh Sivakumar.

4. Saya masih tertanya-tanya apa yang terjadi kepada pokok bersejarah yang telah menjadi lokasi Sidang DUN tidak sah anjuran Pakatan Rakyat tempoh hari? Menurut sumber yang tidak boleh dipercayai, pokok tersebut kini telah menjadi 'port' paling mujarab kepada kaki nombor meminta 'tu'a'. Sejauh mana kebenaran maklumat ini, tidak dapat dipastikan.

5. Saya percaya, sekiranya Sidang tidak sah yang dijangka berlangsung pada 2 September ini menjadi kenyataan, lokasi yang paling sesuai dan paling layak untuk puak Pakatan Rakyat ini bersidang sambil minum kopi adalah di bawah pokok demokrasi Pakatan rakyat. Diharap tidak ada pihak yang tak bertanggungjawab tergamak meletakkan kerengga di pokok yang bakal menjadi lokasi sidang DUN Pakatan Rakyat ini.

ZAM...ZAM...ALAKAZAM...

2 Ulasan

  1. TUNGGU SAJA PRU 13 SIAPA PARTI 1 MALAYSIA MANA PALING HIPOKRIT DAN POLITIK SEMPIT PERKAUMAN DAN BUTA SEJARAH

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama, hang x sedaq sapa dia perkauman sebenarnya.

    Bawah BN sume bersatu, malah UMNO memberi banyak 'leeway' untuk parti komponen. Cuba tgk DAP, dia saja nak beraja dan dia tak bagi ahli lain dalan PR bersuara ("Langkah mayat saya dulu kalau mahu Negara Islam")

    Bila PR bermaharajalela, seolah2 ada pulak gerakan untuk saling membenci (HNDRAF - india benci Melayu dan DAP - Cina benci Melayu dan Raja). Melayu pula disuruh benci sama melayu dan Islam! (ini oleh PAS). Dahla sempit punya perkauman, disempitkan lagi kepada agama.

    Kalaulah begitu perkauman BN ni, takda menteri bangsa cina, india dan Kadazandusun kat kabinet. Takde org india, cina dapat Datuk. Kongsi raya diharamkan. Dan mereka tak diberi apa2 hak sekalipun.

    Janganlah anda membuat tuduhan berdasarkan spekulasi dari Malaysian Insider, Malaysiakini, Gomalaysian.blogspot.com, Suara Keadlian dan Roket. Bukti anda dapat hidup makmur sampai sekarang malahan menaip di blog mengguna internet adalah hasil kerjasama utuh dan perpaduan yang dicipta Barisan Nasional.

    Don't deny it.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama