Advertisement - Contact Us

Kewujudan 'Bloggers' kerajaan yang kian ramai membuatkan Pakatan Rakyat semakin 'panas punggung'...

1. Pakatan Rakyat nampaknya semakin kelam kabut dan sangat tertekan dengan kehadiran begitu ramai para bloggers yang menyebelahi kerajaan Barisan Nasional. Hakikat ini adalah berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar tabloid tajaan Pakatan Rakyat iaitu ‘Suara Keadilan’.

2. Menurut akhbar ini, kononnya kerajaan telah membelanjakan sejumlah wang untuk mengupah para penulis blog yang terdiri dari pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi menulis artikel berunsur sokongan kepada kerajaan. Pada masa yang sama, penulis upahan ini juga dituntut supaya menulis artikel yang menghentam dan menfitnah para pemimpin Pakatan Rakyat.

3. Akhbar ini juga mendakwa kononnya salah satu syarat yang dikenakan kepada mahasiswa yang berminat untuk menyertai kumpulan penulis blog kerajaan ini adalah mereka perlu mengisi borang dan menjadi ahli UMNO atau BN.

4. Akhbar ini juga mendakwa kononnya Pahang merupakan negeri perintis kepada usaha untuk membentuk pasukan bloggers upahan kerajaan sebelum ia dikembangkan ke negeri-negeri lain. Ini kerana Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib berasal dari Pahang dan beliau sudah pun merestui penubuhan kumpulan bloggers ini. Pihak yang bertanggungjawab mencadangkan penubuhan pasukan bloggers ini menurut dakwaan akhbar tersebut adalah terdiri dari kumpulan JASA.

5. Apa yang lebih menarik, akhbar ini juga mendakwa kononnya blog upahan ini masih gagal mendapat sambutan dan menerima hit yang rendah disebabkan para penulisnya yang tidak berpengalaman dan memliki ilmu politik yang masih cetek.

6. Bagi saya, apa yang dilaporkan di dalam akhbar tabloid ini jelas menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat amat terasa akan kehadiran bloggers-bloggers baru yang semakin ramai malah kebanyakannya juga sudah mula menunjukkan sokongan mereka kepada pihak kerajaan. Masakan akhbar ini meng’highlight’kan isu ini jika mereka tidak berasa tergugat dengannya.

7. Tidak timbul isu upah atau tidak asalkan matlamat sebagai agen penerangan, menyampaikan maklumat berkenaan sesuatu isu, melaporkan aktiviti dan menerangkan misi dan visi perjuangan dapat tercapai. Walhal Pakatan Rakyat sendiri turut mengupah para bloggers seperti yang dilakukan oleh bekas MB Perak, Mohd Nizar yang mengupah beberapa bloggers di Perak dan tidak perlulah saya sebutkan namanya.

8. Tidak ramai yang mahu menjadikan menulis blog sebagai hobi seperti saya. Malah saya turut mengaku bahawa saya sedia meningkatkan mutu penulisan, mutu paparan blog agar mencapai hit yang tinggi dan kualiti penyampaian sesuatu isu terkini mengikut perkembangan semasa sekiranya ada pihak yang berminat untuk melabur dan menaja weblog atau website di bawah seliaan saya.

9. Seperkara lagi, memang tidak dinafikan bahawa blog menyokong Pakatan Rakyat menerima hit yang lebih tinggi berbanding blog yang menyokong kerajaan. Sudah menjadi lumrah manusia yang sukakan ssesuatu maklumat yang dusta, palsu, fitnah, membuka keaiban orang lain, mencaci dan memburukkan orang lain seperti yang sering ditonjolkan dalam blog atau weblog Pakatan Rakyat. Berbaza dengan blog kerajaan yang lebih kepada kebenaran, reality, maklumat yang berasas dan lebih rasional dan ini sememangnya kurang diterima oleh masyarakat.

10. Walau apa pun, saya percaya Pakatan Rakyat tidak akan mampu bertahan sekiranya terus mengharapkan kepada asas yang longgar dan tidak berprinsip. Pakatan Rakyat sudah mula takut pada bayang-bayang sendiri. Kehancuran sedang menanti di hadapan sekiranya Pakatan Rakyat terus tidak berpijak di bumi yang nyata.

12 Ulasan

  1. begitulah kira-kiranya, kalau ekor dah trsepit kat pagar.. menyalak aja la..

    nak tuduh cukup senang. depa lupa kami menulis dari hati yang tulus, mulus dan sedar atas penghakisan bangsa dan agama oleh pengkhianat.

    BalasPadam
  2. http://pkrpasdap.blogspot.com

    Kita tengok nanti orang muda yang jatuhkan BN masa Pak Lah akan jatuhkan Pakatan masa Anwar Ibrahim

    BalasPadam
  3. Juang-Utara@blogspot

    Kalau ada kerajaan bagi duit, bak mai kat aku sama. Hehehe tak dapat pun...Apa puak depa ingat kita menulis sbb duit mcm sesetengah depa ka ? Kalau kena gadai tanah ketua kampung aku pun , aku ttp lawan Pakatan Riot ni .

    Take Beerr

    BalasPadam
  4. salamtuan ,mohon tanya mengenai media

    BalasPadam
  5. aku pun sama putra...

    Setahu aku tak dapat pun.. haha... bodohlah orang PKR ni... dia ingat apa!..

    Blogger menyokong kerajaan kerana mereka menyampah perjuangan PAS dan PKR yang menipu orang Melayu dan rakyat Malaysia..

    BalasPadam
  6. Salam semua...

    Peningkatan bloggers penyokong kerajaan adalah kerana kesedaran "the silent majority".

    Dulu kita diam dia orang tunjuk lagak konon semua rakyaat tolak Umno/BN. Kini kami bangkit...

    Walaupun tidak berbayar dan terpaksa korbankan waktu berehat dan tidur kami akan memberi sumbangan semampu mungkin.

    Sila ziarah blog kawan yang baru setahun jagung, http://bumiyang.blogspot.com/

    Wassallam...

    BalasPadam
  7. Itu lah mainan pihak pembangkang tetapi..tau kah mereka...rakyat sekarang ini bukannya bodoh..kami ada mata..telinga untuk melihat dan menilai apa yang sebenarnya terjadi..memang pada permulaanya permainan pakatan riot sangat bagus tetapi bila diberi 5 negeri pun dah kelam kabut nak memerintah dan juga lagi terok cara pemerintahan nya daripada kerajaan terdahulu...kami bangkit sama-sama berjuang disamping datuk najib untuk membela bangsa dan negara...selama ini memang kami berdiam diri dengan permainan kelompok bloger pembangkang tetapi sekarang kami bangkit bersama-sama dengan kerajaan untuk memberikan maklumat yang sebenar untuk rakyat melihat dan menilai permainan politik puak pakatan riot....syabas kawan-kawan..kita berjuang bukan untuk wang ringgit..walaupun kita berjuang secara senyap tampa sebarang ganjaran tetapi ganjaran sebenar hanya allah yang maha mengetahui akan niat suci murni kita untuk bangun bersama demi agama ..bangsa..dan negara...

    BalasPadam
  8. Syabas diucapkan kepada semua rakan-rakan seperjuangan sekalian...Inilah semangat yang kita cari dan kita mahu semangat ini ditiupkan semula di sanubari setiap anak muda...

    BalasPadam
  9. salam,

    sesungguhnya saya amat terharu dan bersyukur ke hadrat Allah kerana saudara-saudara semua adalah pejuang sebenar yang membela agama, bangsa dan negara kita tanpa mengharapkan ganjaran dunia. Tapi percayalah Allah akan membalas yang lebih baik kepada saudara semua. saya doakan sudara semua terus diberi kekuatan dan ketahanan untuk memperjuangkan masa depan anak cucu kita pada masa depan. kita bukannya melakukannya untuk kita tetapi untuk generasi kita yang seterusnya. Allah Maha Adil.- noor

    BalasPadam
  10. Betul,di Perak, bloggers PR yang wujud kebanyakkannya sebelum PRU yg lepas yang tumbuh mcm lalang.

    Yang peliknya dan mengapa rakyat semua kenalpasti blog-blog tersebut dibayar adalah kerana kandungan atau artikel yang dipaparkan adalah lebih kurang sama dan point nya xlari dari harakah daily.

    Dan apabila bloggers BN mula buka mata dan mencari insiatif sendiri untuk membina blog bagi meluahkah perasaaan mereka,PR putar belit fakta mengatakan BN pula yang bayar.Macam-macam..

    Untuk meneruskan tradisi bloggers BN, saya menjemput semua ke www.selamatkanperak.com agar sama-sama kita perolehi maklumat yang betul dan bongkar segala kebenaran disebalik dakyah politik pembangkang.TQ

    BalasPadam
  11. kita teruskan perjuangan..serang habis habisan pakatan..janganh bagi mereka peluang nak bernafas

    BalasPadam
  12. Kawe satu sen pun x dapat....kawe posting sebab kawe nak tunjukkan apa tu benar dan ape tu salah...delusional betui ar PR ni...wakpe takut sangat? Hahahaha

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama