Advertisement - Contact Us

Media UMNO perlu diperkemaskan jika mahu jadi lebih kuat...

1. Gesaan Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin yang mencadngkan agar seluruh barisan pemuda UMNO terutamanya di Perak agar mempergiatkan usaha turun padang bertemu akar umbi bagi menerangkan kedudukan serta situasi sebenar berhubung kemelut politik yang melanda negeri Perak adalah tepat dan amat dialu-alukan.

2. Kerajaan terutama barisan kepimpinan UMNO perlu sedar walaupun kerajaan menguasai arus media perdana namun rata-rata masyarakat terutama dari golongan muda menolak pilihan media ini dan memilih arus media alternatif sebagai sumber untuk memperolehi sebarang maklumat terkini.

3. Pakatan Rakyat berjaya mempergunakan sentimen ini dengan menguasai sebaik mungkin media alternatif atas nama kebebasan bersuara. Mereka berjaya mempengaruhi minda anak muda untuk menolak media perdana dan menerima propaganda penulisan mereka.

4. Seperti sudah menjadi lumrah manusia yang amat gemarkan sesuatu perkara yang palsu dan berbentuk fitnah berbanding perkara yang realiti dan kebenaran yang hakiki. Jika diimbas media mereka, baik media percetakan seperti Harakah, Suara Keadilan dan lain-lain atau media elektronik dan internet, kebanyakan penulisan mereka berbentuk bayangan atau angan-angan, menghentam berasaskan spekulasi atau paling tidak pun janji manis yang belum tentu mampu ditunai.

5. Sehubungan itu, pihak kerajaan terutamanya melibatkan biro penerangan perlu memikirkan bagaimana caranya untuk menarik semula minat golongan sasaran untuk kembali mendekati parti kerajaan. Kaedah penyampaian perlu diperhalusi bagi meyakinkan semula golongan ini agar mereka faham akan misi, visi dan objektif kerajaan.

6. Barisan kepimpinan juga perlu lebih kerap turun ke bawah bagi mendengar masalah akar umbi. Usaha mendampingi akar umbi terutama golongan muda amat penting bagi mengelakkan mereka lari dan hilang keyakinan kepada UMNO dan kerajaan.

1 Ulasan

  1. Walau apa pun pencacai UMNO hendak kata kan, BN/UMNO tetap akan terkubur pada PRU13 se lewat2 nya.

    Kaum melayu sudah berpecah kepada tiga kumpulan - UMNO, PAS dan PKR.

    UMNO sudah keseorangan, kaum india dan cina sudah hampir semua tinggal kan BN, kami sudah bersatu dalam DAP.

    DAP pula di bantu kuat kan pula oleh PAS dan PKR - "Pakatan Rakyat"

    Kekuatan kami sudah terbukti pada PRU12 yang lalu - BN kalah teruk, cuma 'talian hayat' dari Sabah dan Sarawak yang selamatkan BN/UMNO dari berkubur.

    Empat PRK BN/UMNO telah tewas dengan teruk - P Pauh, K Terengganu, B Gantang dan B Selambau. Kini BN/UMNO sedang ketar lutut menghadapi PRK N12 Penanti.

    Di Perak - BN/UMNO sedang bermati matian mengelak PRU negeri di adakan. Kalau di adakan juga, BN/UMNO pasti tumbang terkangkang.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama