Advertisement - Contact Us

Lebih Baik TS Muhyiddin Segera Lakukan Perkara Yang Sepatutnya Dia Lakukan, Jangan Sampai YDP Agong HILANG SABAR...

YANG SEDANG MENDERHAKA ADALAH MUHIDIN DAN KONCO-KONCO PPBM NYA...


Siapa sebenarnya yang sedang menderhaka?Untuk menjawabnya, perlu kita fahami dahulu tentang DARURAT... TS Muhidin memohon proklamasi darurat kpd YDP Agong selepas menyedari dirinya sudah diambang kejatuhan dan bakal hilang majoriti sokongan MP... Tinggal lagi ianya nak disahkan dan hal ini hanya boleh berlaku jika sekiranya ada pihak boleh mempersembahkan di hadapan YDP Agong bukti seperti SD, yang akan menunjukkan bahawa Muhidin dan kjaannya sudah tidak mempunyai sekurang-kurangnya 111 undi sokongan MP...

YDP Agong arif akan hal ini, dan Baginda Tuanku perlu mencari jalan bagaimana nak menguruskan hal ini agar tidak berlaku situasi panik dan cuba mengelak daripada membuka ruang kepada mana2 pihak yg mahu mengambil kesempatan di atas ketidakstabilan yang mungkin tercetus akibat daripadanya... sebab itu YDP Agong cepat2 memperkenan proklamasi darurat ini selepas mendengar ura2 seorang lagi MP UMNO akan umum menarik sokongan daripada kjaan Muhidin, walhal, jika darurat ini disebabkan Covid19, sudah tentu YDP Agong tidak perlu mengumumkan PKP sehari sebelumnya tetapi terus sahaja dgn pelaksanaan darurat...
 


YDP Agong tahu bahawa Muhidin sudahpun hilang majoriti sokongan, cuma, demi nak menjaga air muka Muhidin maka YDP Agong memberi peluang kpd Muhidin untuk berunding dan menyediakan senarai jawatankuasa khas yang memuaskan hati dan dipersetujui oleh semua pihak, samada di pihak kjaan mahupun pembangkang... pentingnya jawatankuasa ini adalah bukan hanya untuk tentukan tempoh darurat ini nak dilaksanakan, tetapi lebih besar dan berat daripada itu...

Tahukah anda, dgn terlaksananya darurat, bermakna Perdana Menteri sudahpun menyerahkan kembali kuasa pemerintahannya dan seluruh anggota kerajaannya kpd YDP Agong... Muhidin TIDAK BERHAK lagi menjalankan sebarang tugas di bawah bidang kuasa Perdana Menteri, termasuklah mengumumkan pakej bantuan ekonomi RM15 bil semalam... malah menteri2nya juga sepatutnya sudahpun mengosongkan pejabat di kementerian masing2...

Sebab itu, untuk meneruskan kelansungan pentadbiran kerajaan ini, sementara nak mengadakan PRU15 yg kini terpaksa ditangguhkan, disebabkan penularan wabak Covid19 yg sangat membimbangkan, maka YDP Agong perlu menyerahkan kuasa untuk mentadbir kjaan bagi pihak YDP Agong, kepada sebuah jawatankuasa khas yang mendapat kepercayaan YDP Agong... Muhidin diberi peluang untuk sediakan dan serahkan senarai tersebut kepada YDP Agong, tetapi sehingga hari ini, ianya masih gagal disediakan oleh Muhidin...

Adalah lebih malang bilamana Muhidin bukan sahaja telah GAGAL menjunjung titah YDP Agong, dalam masa sama, muhidin juga sudah mula salahguna kuasa darurat sekaligus engkar arahan YDP Agong... tempoh masa sudah pun diberikan kpd Muhidin untuk kemukakan senarai tersebut, dan sewajarnya tempoh ini dimanfaatkan oleh Muhidin untuk mengadakan perbincangan dan deal dengan pemimpin2 politik serta pakar2 berkaitan dan Panglima2 Angkatan Tentera, tetapi ternyata muhidin gagal...


Muhidin GAGAL sediakan senarai tersebut mungkin disebabkan 2 faktor ; 
1. pertama, muhidin masih menamakan diri sendiri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas, sedangkan diri dia sendiri dah hilang majoriti dan ini akan menjadikannya seorang diktator jika sekiranya YDP Agong perkenan hal ni... atau ;
2. kedua, mungkin muhidin menamakan satu nama yg tidak dipersetujui oleh majoriti mp2... berdasarkan rekod sejarah darurat 1969, Perdana Menteri ketika itu, Almarhum Tunku Abd Rahman telah menamakan timbalannya, Allahyarham Tun Abd Razak menjadi Pengerusi Jawatankuasa Khas Darurat atau MAGERAN... dan jika sekiranya hal ini dijadikan benchmark, siapa agaknya yang mungkin telah dinamakan oleh Muhidin untuk mempengerusikan jawatankuasa ini?

Apapun, kesimpulannya, hal yang komplikated ini perlu difahami dengan teliti oleh rakyat sebelum mahu membuat apa juga bentuk tuduhan... memang benar, semakin ramai MP2 skang yg mula bangkit memohon tindakan lanjutan dari YDP Agong, tapi tidak bermakna tindakan mereka ini merupakan satu bentuk penderhakaan... UMNO dan pimpinannya tidaklah terlalu bodoh nak menderhakai Ke Bawah Duli Tuanku kerana sememangnya, menjunjung tinggi kedudukan Raja-Raja Melayu dan YDP Agong sudah menjadi asas perjuangan UMNO sejak dari dulu lagi... 

Persoalan yang perlu dijawab, adakah pimpinan UMNO yg sedang menderhaka, atau hakikatnya yang sedang galak mengkhianati dan menderhakai RAJA-RAJA MELAYU dan YDP AGONG sebenarnya adalah Muhidin dan konco-konconya???

#AriffSMB

 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama